Tuesday, March 29, 2011

Matinya si sang pujangga


  Terlalu lama rasanya aku tidak bermadah-madah seperti biasanya. Terlalu lama aku tidak mencoret kata-kata indah ke atas kertas sambil menyelami jiwa. Itu berlaku sejak kebelakangan ini, sibuk barangkali. Hingga lupa pada rutin ku itu, jika beberapa purnama yang lalu ada sahaja idea & waktuku mengukir kata. Namun sejak kebelakangan ini. Aku hilang....  Kini aku sendiri tidak tahu, terlalu rindu aku padanya. Terlalu rindu untuk memegang watak sang pujangga itu. Watakku yang sebenarnya, watak yang kian mati ditelan masa. Justeru itu aku mahu dianya kembali bangkit. Terlalu rindu aku pada gerangannya. Insyaallah dia akan kembali lagi dalam masa terdekat.

p/s: Hidup & matiku hanya untuk satu, yakni estetik. Aku memang jiwang, ramai yang bilang... Hanya dengan berbekalkan dengan minda & lidah ku aku mampu menikam dadamu dengan kejam lantas merobeknya tanpa belas kasihan. 

Monday, March 28, 2011

Isnin yang klise! Nak membebel sikit

  
Sebuah hari bagi permulaan bagi minggu ni. Sama jugak dengan hari-hari lain. Tak de beza, nothing so special. So tak de la bajet aku hari ni mencoret panjang ke atas diari aku ni. Hmmm... tadi macam biasa aku escape kelas ICT. Tengok je cikgu kami tak de aku pun terus cabut. Huuu~ Malas la aku bagus aku rehat kat rumah, lagi bagus. Lagi pun assignment aku belum siap lagi. Nak drop tapi kena halang oleh cikgu dia. Bukan apa, masalah pengangkutan yang buat aku malas nak ambil kelas ni. Dahlah pulang lambat, time orang berehat pulak tu. Adake patut??? Memang tak patut langsung. Dahla aku ni budak pemalas. Bertambah-tambahlah malas aku ni. 

p/s: ULBS subjek BI kena bagi tadi. Aduh, dah la aku tak de mood nak menghafal ni. Entahlah since aku kecundang di MTQ tu, aku macam tak bersemangat semacam. Hope semangat aku datang kembali. Alah, kejap je merajuk ni pun. X0X0

Saturday, March 26, 2011

Bukan rezeki


  Hmmm... aku langsung tak dapat nombor dalam pertandingan syarahan MTQ di Teknik Likas tu. Mana taknya aku terlupa hujah aku yang kelima setelah lonceng di bunyikan menandakan amaran pertama. Aku hilang fokus lalu lupa segalanya, lantas aku mengakhiri syarahan aku. Tiada kata lagi yang ku dapat luahkan melainkan rasa malu & penyesalan. Mulanya rasa kecewa sangat dengan diri sendiri tapi bila di fikirkan balik, buat apa nak menyesal dengan perkara yang dah berlaku. Mungkin bukan rezeki aku di situ. Apa-apa pun aku dah tawar hati nak mengembangkan bakat aku ni. Biarlah ianya berkubur begitu sahaja. Aku nak fokus pada pelajaran. Next year SPM dah. Btw, lumrah hidup kalah menang adat bertanding. At least, hari ni aku dapat pengalaman baru. Dapat jumpa ex-classmate aku kat sekolah tu & mengenali SMK Teknik Likas.

p/s:Terpaksalah aku hafal teks ULBS subjek BM tu. Adui!

Tuesday, March 22, 2011

Rembulan Pujaan


  Rasa & perasaan itu sudah hilang, ya itu telah berlaku terhadap ku. Tapi... tapi kenapa ia datang lagi & kenapa mesti orang yang sama?! Kenapa bukan orang lain? Kenapa harus dia juga? Aku binggung akan kebenaran ini. Ia hilang & kini ia datang lagi. Ribuan yang ada namun hati tetap mahu dia. Keadaan yang membuat perasaan yang telah mati ini bercambah kembali. Tumbuh subur & terus berselirat lantas menjerut tangkai hati lelakiku . Aku harus apa sekarang? Terus menjadi sang pemuja dari kejauhan atau sang satria pujaaan. Tidak... pilihan kedua memerlukan keberanian yang tinggi. Mustahil untukku pilih pilihan itu. Aku hanya ada satu pilihan diam & terus menjadi si bodoh. Aku hanya mampu menjadi watak itu kerana aku tidak banyak diberi pilihan. Diam & terus memendam. Sakit & terus kesepian. Mati  di dalam hidup. Ketawa sambil menangis.


  Setiap bait-bait nada ritma suaranya yang terluah setiap detik semasa aku di bangkuku duduk, aku hayati & jiwainya. Bersandiwara umpama tiada padahal sebaliknya. Jiwaku bergetar mahukan suara itu menyebut satu ayat, yang terlalu aku impikan selama 3 tahun ini. Aku tahu kemahuanku itu mustahil untuk tejadi. Bagai menanam taman syurga di atas alam duniawi. Umpama mahu beristrikan dewi bidadari. Ada ketika dia senyap lagi diam mengunci kata. Ia kebiasaan baginya, & ketika itu aku ternanti-nanti di dalam diam. Mana suara itu? Mana serunai dewaku? Ayuhlah berkata-kata jangan biarkan aku terus tercari-cari kesesatan. Pemujamu tidak akan pernah berhenti disini, ia akan terus melihat mu dari jauh meskipun memiliki segenap penjuru ruang hatimu tidak mungkin akan berlaku. 


P/S: mungkin untuk beberapa hari ini aku tidak akan update diari aku ni, coz fokus pada MTQ. Mudah-mudahan aku menang. Tak menang pun tak pe asal ada nombor, pun jadilah.

Sunday, March 20, 2011

Sudah terhantuk baru tergadah!


  Aduh esok sudah buka sekolah! Banyaknya kerja rumah aku belum siap ni. Sekarang baru aku kelam kabut, tulah asyik enjoy je dua minggu ni sampai lupa sudah dengan kewajipan sebagai seorang pelajar. Hmmm... dalam kesibukan aku ni sempat lagi aku mengupdate blog. Hu~ Macam rasa nak nangis aku sekarang ni. Mana syarahan aku lagi aku banyak tak hafal. Matilah aku kalau ustazah nak jumpa aku ni esok. Baru 2 isi aku hafal. Dush!! Apa-apa pun malas esok ada kelas ICT. Mesti menagih assignment tu.Ish! Bencinya!!!!!!!!!!!!

Friday, March 18, 2011

Penat giler!!!


  Penat betul aku hari ni, dari jam satu sampai pukul lima aku & kawan-kawan aku berjalan. Permulaan kitaorang bincang-bincang dulu pasal projek PSK tu, then kawan aku yang satu ni pun sampai. Lama jugak kami tunggu dia ni. Terus kitaorang bla lepas dia ada. One Borneo menjadi destinasi, semua bawa duit cukup-cukup makan je. Pada permulaan dorang tak nak pergi sana. Tapi aku yang bersemangat sangat, then pujuk punya pujuk punya pujuk. Akhirnya dorang pun nak. Bukan apa, ni kan first time aku kena bagi keluar so kena pandai-pandailah manfaatkanlah sebaik mungkin yang boleh. Semuanya alhamdullilah berjalan lancar except member yang satu ni yang lambat datang. Penat betul tunggu dia.


  Yang aku tak boleh lupa time nak pulang tu. Kitaorang sesat dalam hypermall tu. Tak tahu di mana pintu keluar. Jalan belakang kitaorang ikut. Sudahlah bau lepas tu penat lagi berjalan. Coz jauhlah sangat nak ke jalan besar. Adui, macamlah kami tak pernah pergi tempat tu. Banyak kali dah pun, tapi time tu entahlah sewel sikit kitaorang. Sewel sebab terlalu bebas kot. Kesana-sini sampai rasa macam nak tercabut dah kaki aku ni sekarang. Pakai lawa-lawa, sekali tengok keluar ikut pintu belakang.... lalu di belakang tandas hotel lagi tu. Adui... memang kenangan yang tak boleh di lupakanlah. Btw dalam perancangan kitaorang nak jalan lagi lepas ni. Akhir tahun kot.

Thursday, March 17, 2011

Hmmm... tak tahu nak letak tajuk apa


  Aku hairan betul, boleh-boleh aku tak de idea nak letak tajuk kat post aq yang ketujuh belas ni. Biasanya aku kalau bab-bab tajuk ni memang pro. But for this time... entahla. Baru post ketujuh belas dah aku kekeringan idea. Takpelah harap-harap, ni yang pertama & yang terakhir. Ok-ok, back to the story, lembaran catatan aku untuk hari ni. Hari sama macam hari-hari yang lain. Duduk kat rumah c0z cuti sekolahkan? Tadi aku start buat assignment ICT aku. Biasalah download terus, malas nak fikir-fikir lagi. Tapi kena edit banyaklah. Edit punya edit punya edit, terus aku tinggalkan. Rasa menjengkelkan + menyampah pulak. Malaslah aku. Sudahlah aku tak minat subjek ICT ni. Aku & kawan aku bercadang nak drop subjek ni kalau dah buka sekolah. Nak ambil reka cipta, kan aku pintar melukis. So senang sikitlah, then ICT yang aku langsung tak minat tu.

  Geng aku plan, esok kitaorang nak keluar. Alah, bukan melepak pun, nak bincang pasal projek kumpulan subjek Sivik. Ibu aku asyik kata aku nak keluar melepak konon. Adakah patut... aku pun bukan nak sangat berjalan-jalan  ni. Malas, baik aku duduk rumah & tidur. Aku ni bukan kutu rayau macam budak-budak lelaki lain. Parents aku mana bagi aku keluar. Keluar dengan kawan-kawan perempuan pun tak boleh. Inikan lagi lelaki. Motif... coz takut aku ni terpengaruh dengan anasir-anasir negatif. Hmmm... kekadang aku rimas jugak. Takde kebebasan, bosan jugak duduk di rumah asyik depan laptop je. Sekali-sekala nak enjoy dengan kawan-kawan kat luar. Jalan-jalan, makan-makan & tengok wayang blablabla.... Barulah hidup ni ada colour gitu deh! Hope plan kitaorang esok tak de halangan merintang.  Coz ini first time parents aku bagi aku green light keluar rumah. Yeah!!! Btw Te quiero ( I love U )


(Gambar kiut-miut kat atas ni just hiasan semata-mata takde kaitan langsung dengan post aku hari ni,so harap maklum.Sekian, terima kasih)

Wednesday, March 16, 2011

Pelik lagi weird


  Hari ni banyak betul aku jumpa orang yang pelik-pelik di laman-laman sosial. Hmmm... entahlah. Aku pun hairan + pelik & macam-macam lagilah. Perangai manusia ni memang sukar di jangka. Semakin kenal kita dengan makhluk kompleks yakni yang di kenali sebagai manusia, semakin banyak yang membuat kita tidak tahu. Disamping itu pada waktu yang sama pelbagai keanehanlah yang kita bakal temui. Sounds creepy right??? Tulah aku pun sama macam tu jugak. Sukar di jangka sejak dua-menjak ni. Hmmm... teks syarahan aku pun aku belum hafal. Ada 4 lagi isi tu kena hafal, mana taknya asyik online je kerja aku ni. Ibu pun asyik membebel je kerjanya tiap-tiap hari. Homework??? Lantaklah nantilah aku buat. Malas aku, nak relaks dulu.


Monday, March 14, 2011

Last minute!


  Agak lama gak tak update diari ni, sorry darling. Actually aku sibuk ni, menghafal teks syarahan MTQ aku. Panjang gila nak kena hafal, boleh botak di buatnya. Aku baru hafal definisi & isi pertama, aduh nilah ni  kerja aku asyik online je. Tengok sudah 3 hari cuti sekolah berlalu begitu saja. Hmmm.... nilah aku orang yang kuat relaks. Suka buat kerja last minute, ni homework belambak ni kena bagi. Aku pun tak tahu mana satu nak kena buat. Belum masuk assignment ICT lagi tu yang entah apa-apa... Ok nak mandi then makan later nak menghafal pulak.Cau!

Friday, March 11, 2011

Addmath + Tsunami


  Tadi aku dapat markah paper addmathz, aku dapat 33% je. Nasib baik aku tak dapat kosong. Alhamdullillah... syukur walaupun gagal. For you information ini merupakan kali pertama aku gagal sepanjang 16 tahun ni. Ramai yang senasib dengan aku di kelas. Ok lain cerita pula, tadi aku tengah syok melayan bantal atau pun dikenali sebagai membuta di dalam bahasa sanskritnya, tiba-tiba ibu aku ni bising-bising pula. Then aku pun bangunlah. Rupanya ada Tsunami berlaku di Jepun. Ya, ALLAH, sekali lagi. Janganlah, sudahlah aku tinggal dekat dengan pantai. Oh, tidak! 


  Semua negara di minta berjaga-jaga. Kerana tak mustahil untuk sekarang ni berlaku apa-apa. Menakutkan... tulah je yang boleh aku katakan. Berdoa dengan Tuhan agar dijauhkan segala musibah. Dari pukul 6 petang hingga 12 malam ni. Orang ramai di minta berhati-hati. So kami sekeluarga mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah pada waktu itu. Segala dokumen telah disimpan & dikumpul. Ramai dah kami tengok orang-orang di Nexus Campus ni yang dah cabut lari. Mudah-mudahan tak berlaku apa-apa semuanya selamat, amin...

Thursday, March 10, 2011

Addmathz my happy ending. S0 fuckin damn!


  Aku tak tahu nak cakap apa lagi tentang paper kimia & addmath just now. Kimia nasib baik ada soalan objektif. Kalau tidak entahlah apa aku nak jawap. Bolehlah sedikit juga bukan tak boleh langsung. Addmath subjek yang paling di geruni oleh mana-mana budak science stream. Tipulah kalau tak seram dengan subjek berhantu ni. Boleh gugur rambut di kerjakannya. Tadi subjek yang langsung aku tak minat ni merupakan paper akhir, mengakhiri ujian selaras pertama mac merangkap ujian pertama kami dalam tingkatan 4. Macam nak menangis aku jawap paper addmath tadi. Cikgu addmath kami yang baik tu sudah ajar awal-awal, bentuk-bentuk soalan yang bakal keluar nanti sebelumnya. Tapi satu pun  tak masuk otak aku apa yang dia ajar, entah apa-apa. Aku expect yang keluar apa yang aku sdah pro, sekali tengok macam nak terbeliak biji mata aku ni. Aplikasi yang keluar, ingatkan nak target soalan basic Composite Function. So terbatallah niat aku tu


  Aku biarkan jelah kertas jawapan aku blank begitu sahaja. Bersih lagi suci gitu, tak terusik oleh sebarang kekotoran dari kesan mata pensil yang mengandungi plumbum itu. Soaln pertama aku yakin, soalan kedua & tiga aku main hentam saja. Entahlah formula apa yang aku guna tu pun aku tak tahu, time tu itu je yang ada dalam kepala aku. So aku namakannya sebagai formula pandai-pandai atau suka hati. Ada tujuh soalan yang lebih tu aku biarkan begitu saja. Kosonglah markah aku ni, malu pula aku dengan cikgu tu nanti. Seumur hidup aku nilah prestasi aku yang paling buruk sekali. Tidak pernah aku begini sebelum ni. Teruk teramat-amat sangat, memalukan keturunan betul. Adui, aku tak sabar sudah ni nak tuisyen kembali macam tahun lepas. Terlalu banyak yang aku lemah ni, bukan setakat addmath je, nak katakan semua subjek selektif aku tak boleh ikut. Tapi sekarang ni aku tak boleh masuk kelas sebab fokus dengan syarahan MTQ di SMK Likas. Doakan aku menang ok!

Wednesday, March 9, 2011

Depressed with the first test!


  Stresnya aku hari ni. Mana taknya, hampir smua paper aku tak boleh jawap. Paper semalam semuanya ok. Hari ni susah macam nak mati. Subjek Sejarah, lain yang dibaca lain pulak yang keluar. Bio, ICT & Fizik jangan cakap subjek maut tu. Adui, sakitnya hati. Itu baru first test, aku tak tahu macam mana SPM nanti. Esok ada paper Addmath & Chemistry. Dua-dua subjek yang aku tak minat langsung. Aku dah tahu apa yang bakal terjadi. Lebih dari hari ni, hari esok akan berlaku. Blank paper aku submit nanti. 


  Lepas ni adalah suara-suara sumbang rancak berkumandang kedengaran. Cikgu-cikgu tak berhenti-hentilah tu membebel sakan tak ingat dunia. Macamlah kami nak sangat masuk kelas Science Stream ni, tadi sudah start dah guru matematik membebel. Cakap tak layak la masuk kelas ni & macam-macam lagi yang membuat  semua telinga kami panas. Eleh, macamlah kami kemaruk sangat nakkan 4 Alamanda tu. Bukan boleh bawa mati pun. Aku kalau diberi pilihan, aku lebih rela duduk kelas sastera than kelas sains yang entah apa-apa tu. 

Tuesday, March 8, 2011

Malu giler...


  Tadi di kelas aku ada main-main tulis ayat-ayat cinta di tisu. Then lepas tu bagi kat orang. Alah, saja nak bagi lepas stress, bukannya apa pun. Sebab time tu ujian paper agama yang susah tahap dewa. Tak tahu lagi nak buat apa jadi buang-buang masalah. Aku pas dengan kawan aku ni tisu tu, lepas dia tu bagi pulak dengan budak yang duduk belakang dia. Budak perempuan, baru pindah ke sekolah kami. Budak perempuan tu actually target aku & kawan aku time tu nak kacau. Boleh-boleh pulak lepas tu dia pas dengan budak sebelah dia lagi & so on.

  Dan sampailah ke tangan si dia tu. Adoi, nak pengsan sekali aku tengok ada dalam tangan dia!. Mesti dia sangka aku nak bagi dengan dia. Sebab dia mesti kenal tulisan berangkai aku tu. Dari jauh aku nampak memek muka lain macam time baca ayat-ayat di tisu tu. Arghhhh, malunya aku! She must be reconize my handwriting style & my sentimentel sentences. Sebab tak ada orang lagi yang kebiasaannya buat ayat-ayat macam tu. Cuma aku seorang saja. Terkenal dengan jiwang karat segala-bagai ni. Cis, kurang asam! Malu aku Tuhan saja tahu time tu. Macam nak terjun bangunan aku rasa je.


  Macam gambar beruang kiut di atas nilah gaya aku masa tisu tersebut ada dengan dia... malu teramat-amat sangat. Kalau boleh putar masa balik sudah lama aku buat. Pipi blushing macam pakai blusher time tu. Arghhhhh!!! Ngaummm..

Monday, March 7, 2011

Mr. Cupid now I don't think so! You are just fuckin idiot underdog & not more than that.


  Sial! Sikit lagi aku ikut cakap lelaki tu. Actually dia sebenarnya bukan bf atau X-bf perempuan tu, dia just kawan saja. Dia sendiri yang mengaku dengan aku. Fuckin damn boy! Sakit betul hati aku, nak juga aku bunuh dia. Sebab dia aku fikir yang bukan-bukan pasal perempuan tu. Jahanam betul! Kesian dia aku cakap yang bukan-bukan padahal langsung tak bersalah. Argh! kesiannya dia di sebabkan kebodohan budak sial tu, aku dah benci dia & cakap yang bukan diri dia sebenar. Motif budak lelaki tu  konon nak bagi aku malu depan perempuan tu. Tapi sayangnya tak menjadi rancangan tu. Ish! Kalau aku ingat nak juga aku tikam dia tu kalau aku jumpa.



  Dari mula aku memang macam was-was dengan budak lelaki tu. Tengok dari gambar macam low class semacam. Hairan jugak aku dengan taste perempuan tu. Ternyata budak kaki kencing rupanya, dia mungkin yang ada hati dengan perempuan tu. Tulah mengaku bekas X_bf segala-bagai. Mana-manalah suka hati kau. Kubur masing-masing jugak. Lantaklah, rotten in bloody hell underdog!!! Sekarang rasa suka aku pada perempuan tu sudah banyak hilang. Sebab penipuan bodoh tulah. Tak guna betul! Tak mungkin rasa itu dapat di kembalikan lagi... yang mati mustahil untuk di seru lagi. 


  Aku gadai rasa itu demi sebuah penipuan budak tu. Aku semai selama 3 tahun & hancurkan ianya dalam masa beberapa hari saja. Tak mungkin aku dapat tanamkannya kembali. Terlalu mustahil!!! Aku tidak tahu apa perancangan aku selepas ini... aku tidak tahu mahu & berbuat apa. Mahu jadi sahabat lagi seperti dulu seperti pinta budak lelaki tak guna tu? Tak, itu aku rasa bukan pilihan yang tepat untuk aku lakukan. Diam... & terus menjauhkan diri? Itu juga aku rasa bukan pilihan yang tepat untuk aku laksanakan. Aku tidak tahu... Buntu dari mencari jawapan... sesat lagi hilang dari mencari jawapan hakiki didalam hutan kecelaruan.


Tadi di kelas aku diam-diam je. Nak juga tegur tapi keberanian  aku belum cukup lagi... dia pun macam nak aku tegur dia, aku tengok mula-mulalah. Lepas tu aku tengok dia mula mengelak macam sebelumnya lagi, since aku macam tak ambil kisah sangat. Satu hari aku tegur jugak dia tu tapi bukan buat masa sekarang. Masa tak sesuai lagi sekarang ni. Keberanian aku belum mencukupi. 

Sunday, March 6, 2011

Gila!!! Sial punya lelaki!!!


  Korang tau X-bf dia tu baca blog aku ni. Then dia copy, agenda dia kalau esok aku tak tegur perempuan tu, dia akan paste semua yang ada dalam blog aku ni di wall fb perempuan tu. Tak ke jahanam tu namanya. Saja nak cari pasal dengan aku. Aku pun hairan dengan lelaki ni, nak sangat aku kawan balik dengan X-gf dia tu. Bukan apa, aku belum sedia lagi nak kawan balik dengan dia macam dulu. Ish! Memang sial betullah. Esok nak tak nak terpaksa tegur dia jugak. Tebalkan muka di depan semua orang... menyesal aq letak alamat blog ni profile fb aku. Tengok sekarang aku sudah terjerat dengan kebodohan  aku sendiri! Kau memang bodoh Nazrin!

Esok hari baru... & rambut yang baru


  Esok hari baru... hari Isnin. Then esoknya pula ujian. Tapi aku still belum ada belajar. Langsung tak buka buku selama 2 hari ni. Malas... tulah penyakit aku. Nak relax je sepanjang masa. Takut pula aku langsung tak ada study, banyak yang aku tak faham ni. Aku ni kalau ada di rumah memang liat nak buka buku, online je kerja aku. Tak pun main game yang entah apa-apa. Tak pernah insaf-insaf nak berubah. Lantaklah duit aku juga yang bayar prepaid broadband minggu-minggu. Yang orang lain nak sibuk buat apa???

  Esok rasanya tak ada pj mungkin, tapi pakai jelah baju pj. Baguslah tu ada juga hikmah dia patah tangan, padan muka... Hmmm... apa lagi ya aku nak membebel. Macam takde apa-apa lagilah, oh! ya sebelum aku terlupa I got a new haircut. Biasalah... kebiasaan awal-awal bulan. Bersemangat!!! Ingat hari esok, terus teringat pula dia. Macam manalah aku nak berdepan dengan dia. Nak malu-malukah? Atau buat-buat tak tahu? Ke buat-buat biasa macam dulu? Hmmm... pening aku. Tak tahu nak pilih mana satu. Kita tengok jelah esok , apa yang bakal terjadi. 

Saturday, March 5, 2011

Aku mati dalam cinta.... hidup dalam amarah!

  
  Aku sudah kurus, itu kata ayahku. Aku juga merasakan yang sama, makan pun aku tidak berselera sekarang. Sejak kejadian itu, aku umpama mati dalam hidup. Selekeh, seolah-olah aku bukan diriku lagi. Tidak lagi memakai deo & perfume seperti kebiasaannya. Kecuali aku pergi kesekolah. Di rumah, aku macam orang gila.




Berserabut, tidak bermaya & pucat tidak bersemangat umpama roh ku diambil dibiar jasad ku kosong begitu tidak bertuan. Hebat betul penangan dia, ilmu apa yang dia pakai pun aku tidak tahu. Aku marah di dalam sayang, benci dalam cinta. Pelik? Aku pun tidak percaya... 
  Tapi itu keadaan ku yang beberapa hari yang lalu. Kini aku kembali ceria  sejak semalam... ceria seceria-cerianya... aku mahu lahir kembali. Menjadi Nazrin yang baru, yang kuat & tabah. Muda-mudahan hidup aku selepas ini di permudahkan TUHAN...

Bermula semula...


  Aku sendiri tidak percaya, tidak percaya dengan apa yang berlaku semalam. Aku dengan dia kembali bersahabat lagi, bersahabat seperti dulu. Actually X-bf dia yang paksa aku add dia kembali di fb. Pada mulanya aku enggan, dan berdegil. Namun setelah di pujuk beberapa kali. Aku menurut dengan hati  yang takut. Bukan apa aku sebenarnya tidak mahu rapat dengan dia lah lagi, kerana aku akan rasa sakit kembali seperti dulu. Justeru itu aku berdegil. Disamping egok lelakiku yang menebal, tapi ternyata aku kalah juga.
  Tidak lama kemudian aku dapat mesej dari dia. Dia meminta maaf pada aku, melihat akannya terus egoku serta-merta hilang. Hatiku cair dek kesian padanya. Tidak tahu kenapa & mengapa sebegitu. Dalam benciku ada cinta yang kuat. Itu saja yang ku bisa katakan kini. Aku panik lagi hilang akal & meminta bantuan pada X-bf dia. Lelaki itu pun mengajar aku menjawap segala mesej yang dia hantar. Lega aku, kalau tanpa bantuan dia, mungkin aku mendiamkan diri saja, terus mengunci mulut.


 Agak lama juga kami berbalas mesej di fb, aku tahu dia juga di sana pada waktu itu meminta bantuan dengan
 X-bf dia tu untuk berdepan dengan aku pada waktu itu. Lelaki itu kiranya menjadi orang tengah di antara kami. Gelaran Mr. Cupid adalah gelaran paling layak di berikan pada dia. Oleh kerana dia kami ada kekuatan untuk berhadapan & masing-masing mengaku kesalahan diri. Sebagai seorang teman aku gembira, kerana kami kembali bersahabat. Namun di sisi lelaki, aku buntu, tidak tahu mahu bagai mana.


Perasaan ini, aku akan sakit kembali jika berada dekat dengan dia. 
  Sakit! bisa dilihat namun tidak bisa di miliki. Itu akan bakal  terjadi. Pasti terjadi, aku lelaki & dan punya cinta di hati, & cinta itu adalah dia. Cinta itu... cinta pertama & cinta matiku. Harus apa aku??? Malu & sakit bakal terjadi nanti. Itu sudah pasti... keadaan pasti juga terasa lain di antara kami... 
  

Friday, March 4, 2011

OMG! Bf dia bukan bf dia???


  Tadi aku ada terima pesanan dari bf dia tu di fb. Lama sudah dia inbox aku, tapi aku baru reply. Setelah berbalas-balas mesej. Baru aku tahu dia tu bekas perempuan tu. Saja ja rupanya dia letak macam tu di fb dia.  Sengaja nak tengok aku sakit hati. Tak fahamlah aku dengan perangai perempuan ni. X-Bf dia kata dia malu konon dengan kawan-kawan dia di kelas.Nak malu apa? Malu nak terima aku ni yang tak hensem di depan kawan-kawan dia. Owh!!! Pelizzz, mengarutlah...




Tengok cara dia layan aku macam tak pernah bekapel... looks so innocence segala bagai. Rupa-rupanya pernah jugak. Yang aku tak faham, tindakan dia tu sampai sekarang.... seribu tanda tanya berserabut di kepala aku ni fikirkan hal bodoh tu. Aku cinta mati dengan dia. Tapi pada masa yang sama aku tidak mahukan lagi dia... apa mahuku? Aku sendiri tidak pasti. Aku binggung, buntuh. Kerana tindakannya yang membuatkan aku jadi begini. Cinta tapi tidak mahu memiliki kerana takut akan sakit lagi. Sakit itu tidak ku mahu terulang lagi, cukup sekali aku menangis. Janganlah terjadi lagi, kerna begitu kelihatan bodoh. Bodoh yang teramat-amat sangat..........


  Owh! Sebelum terlupa tadi seperti yang telah dirancang pelawat datang ke kelas 4 Alamanda, kelas terhebat di Bandaraya. Eset penting untuk sekolah, ceh! Ok-ok,back to the story. Melangkah je aku ke kelas... fuyooo! rajinnya geng-geng aku semua. Tak pernah-pernah jadi rajin, semua di bersihkan, sampai lantai semen tu boleh buat cermin da aku tengok.Then sampailah masa subjek sejarah, penat betul kami semua kena berlakon segala bagai. Panasnya aku kena pakai tali leher, rimas betul aku jadi budak skema ni.
Kalau tak kena rakam, takde siapa nak berlakon jadi nerd ni pun. Kelas kami top ranking tapi takde la official sangat. Ramai jugak rock steady!


Then kamera & pelawat pun cabut dari kelas kami. Fuhhhhhhhhh! Menarik nafas legalah kami semua. Merdeka!!! Terus kembali ke diri asal masing-masing. Tak payah nak jadi beg plastik. Terus semua malas nak buat kerja yang di beri oleh cikgu... Pemalas tulah rata-rata perangai kami di 4 Alamanda. Kelas first tapi... Harap-harap tahun ni kami menang lagi. Last year sekolah kami menang guru inovasi untuk subjek Matematik. Kami jugak mrupakan salah satu tulang belakang daripadanya, macam tahun ni jugaklah. Hope tahun ni menang lagi untuk team teaching Sejarah. Amin....

Thursday, March 3, 2011

Aku bodoh



  Hari ni aku tidak pergi ke sekolah... aku tidak ada mood. Entah kenapa... lagi pun banyak kerja rumah aku belum siap. Disamping itu aku rasa macam tidak berapa sihat sejak dua-menjak ini, demam barangkali. Aku terima teks pesanan ringkas dari classmate aku. Dia memberitahu aku yang aku mendapat markah kedua terendah dalam ujian matematik yang lalu. Aku mulanya agak tidak percaya, kerana selama ini aku tidak pernah sebegitu. At least pun dapat markah rendah, bukannya dapat markah paling terendah di antara yang terendah. Dan tidak lama kemudian dia mms aku, sememangnya betul.


Aku seolah-olah tidak percaya & speechless sejenak. Ternyata aku bukan sahaja bodoh dalam cinta malah sudah bodoh dalam pelajaran kini. Aku tidak tahu mahu katakan apa lagi. Diri ku kini tidak ada apa-apa lagi... aku bukan lagi Nazrin yang dulu, yang pandai. Tidak belajar pun mampu dapat markah baik. Ternyata aku sudah kecundang, kecundang sebab cinta. Kawan perempuan aku ada kata pada aku beberapa hari yang lalu "hebat sungguh perempuan itu sehinggakan membuat aku sebegini rupa". Aku, semangat aku sudah mati, mati di dalam jasad hidup... aku mahu bangkit kembali hidup. Namun susah untuk ku lakukan, mungkin perlu masa yang lama... 

Wednesday, March 2, 2011

Bencinta...padamu


  Lega sedikit hari ni, sebab dapat meluahkan masalah yang merantai aku ni dengan kawan-kawan perempuan aku di kelas.Pertama kali aku meluahkan hal  ni secara face to face, sebab sebelum ni aku meluahkan perasaan  berkaitan masalah ini dengan kawan-kawan melalui fb sahaja. Terima kasih banyaklah kepada yang menjadi mangsa tempat aku meluah perasaan tu, sorry sangat kalau aku menyusahkan korang semua.


 Aku bukan apa, aku tak tahu nak buat apa lagi. Sakit aku terus simpan masalah ni bersendirian. Aku tidak kuat seperti mana lelaki-lelaki yang gentelman yang salah satu kawan aku katakan. Aku bukan lelaki macam tu, aku ni just lelaki bodoh. Bodoh sebab cinta... cinta yang sudah semestinya tidak menjanjikan aku apa-apa. Aku lemas dalam situasi yang di anggap ringan oleh lelaki-lelaki lain.

  Aku sendiri tidak faham dengan diri aku sekarang... aku tidak mengenal diriku sendiri lagi. Seolah-olah tubuhku di huni semangat roh yang lain. Aku hanya perlu bertahan... bertahan untuk terus hidup. Hari-hari melihat wajahnya meskipun menyakitkan aku dalam masa yang sama merasa cinta yang tidak pernah padam. Baruku tahu kini apa maksud sebenar perkataan "bencinta" itu. 

"Jijik???"


  Ada ke patut dia kata aku jijik dengan dia... Hello, sekarang siapa suka siapa? Aku ke kau? Akukan? Sampai menangis macam orang bodoh sampai tak ingat dunia.Sehinggakan nak bunuh diri.  Tak mungkin aku akan ada perasaan tu pada kaulah. Gila ke apa? Kau mulakan dulu. Tak tegur aku, pura-pura tak nampak & meggelak segala bagai. Kau buat aku ni macam orang bersalah.


Seolah-olah berdosa simpan perasaan bodoh ni. Come on-lah, sampai bila nak habis benda ni.Kalau masing-masing tunding-menunding antara satu sama lain. Sampai mati pun tak akan berakhir. Muaklah aku. Sekarang kau nak aku minta maaf? Minta maaf then cakap aku yang bersalah? No way! Ini Nazrinlah, budak paling bongkak & ego di Bandaraya. Sorry sikit. Lepas nie cakaplah apa pun. Beritahu semua orang yang akulah pemegang watak antagonis dalam cerita bodoh ni. Beritahulah satu Bandaraya, supaya kau puas.


  Dia yang buat aku macam tu, lepas tu tuduh aku pulak. Kau yang mulakan semua tu, so aku just ikut sajalah permainan kau tu. Then aku pula yang di persalahkan. Jijik konon tengok muka kau yang cantik tu. Please... buat apalah aku nak jijik dengan orang. Siapalah aku? Aku bukan Tuhan... Kaulah aku ada perasaan tu, tak mungkin aku tergila-gilakan kau sampai satu sekolah tahu... Aku tak nak dekat dengan kau sebab kau yang mulakan dulu! Ada paham??? Lepas tu boyfriend kau pula tak puas hati dengan aku... salah siapa? Aku? Wei, siapa suruh kau beritahu aku yang kau tu single?


 Itu sebab aku bertindak bodoh tu. Kalau tak aku akan simpan perasaan sial ni sampai mati. Sekarang aku nak di katakan jadi lelaki perampaslah??? Aku sedar aku ni tak hebat. Tu sebab tak ada orang nak dengan aku. Aku sedar aku tak hensem, tak kaya & tak sepandai kau. Aku sedar diri, sedar siapa aku... Layakkah aku jijik dengan kau... kau yang hebat tu... yang cantik, yang dapat straight A... Siapa aku ni? Bukankah kau yang paling layak ada perasaan tu pada aku? Rasa jijik, sehinggakan lalu sebelah aku pun kau tak nak. Kerana takut jatuh martabat kau tu.

Tuesday, March 1, 2011

Perlambangan


Aku membina tangga-tangga kecil
Dari sini... berbekalkan keringat, airmata dan darah merah
Hari demi hari, tanpa rasa lelah & jenu ku bina
Tangga kelak akan sampai ke langit dunia
Langgit tertinggi, langgit semesta
Setelah ku gapai ia, akanku terus rangkul
sang raksasa mentari
Lantas ku bawa ke sini
Mempersembahkan kejayaanku pada manusia sejagat
Kelak mereka tahu siapa gerangan ku kini
Pengemis belas tidak punya apa-apa
melainkan sekeping hati lusuh
yang telah kembali dengan kemegahan
Lihatlah semesta! Inilah diriku!
Manusia yang hebat
Dari gelandangan menjadi satria
Satria berkuda, berbaju besi bersadur kencana!
Berpedang sakti, berperisai gajah
Disetai ribuan tentera dari langit, lautan & daratan
Diiringi jutaan angkatan armada perang dari utara, selatan, timur & barat dunia
Dikalungkan penghormatan, dihujani puji-pujian
Suju tunduk, tanda kepatuhan
Akulah manusia yang menjadi dewa!

get this
Best Blogger Gadgets