Sunday, March 6, 2011

Esok hari baru... & rambut yang baru


  Esok hari baru... hari Isnin. Then esoknya pula ujian. Tapi aku still belum ada belajar. Langsung tak buka buku selama 2 hari ni. Malas... tulah penyakit aku. Nak relax je sepanjang masa. Takut pula aku langsung tak ada study, banyak yang aku tak faham ni. Aku ni kalau ada di rumah memang liat nak buka buku, online je kerja aku. Tak pun main game yang entah apa-apa. Tak pernah insaf-insaf nak berubah. Lantaklah duit aku juga yang bayar prepaid broadband minggu-minggu. Yang orang lain nak sibuk buat apa???

  Esok rasanya tak ada pj mungkin, tapi pakai jelah baju pj. Baguslah tu ada juga hikmah dia patah tangan, padan muka... Hmmm... apa lagi ya aku nak membebel. Macam takde apa-apa lagilah, oh! ya sebelum aku terlupa I got a new haircut. Biasalah... kebiasaan awal-awal bulan. Bersemangat!!! Ingat hari esok, terus teringat pula dia. Macam manalah aku nak berdepan dengan dia. Nak malu-malukah? Atau buat-buat tak tahu? Ke buat-buat biasa macam dulu? Hmmm... pening aku. Tak tahu nak pilih mana satu. Kita tengok jelah esok , apa yang bakal terjadi. 

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets