Wednesday, April 27, 2011

Resensi Bumi Cinta


  Aku baru je habis baca novel Bumi Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy beberapa hari yang lalu. So ini feedback aku keatas karya tersebut. Actually ada beberapa benda yang aku suka & tak berapa suka dengan novel ini. First aku suka sangat  dengan novel ni kerana setting ataupun latar cerita, iaitu musim sejuk negara Rusia yang menjadi lokasi utama. Penulis menceritakan setiap tempat yang berkaitan dengan begitu teliti disamping menyulamnya dengan sejarah-sejarah lalu. Suka sangat kerana ia boleh menambah pengetahuan kita secara tidak langsung. 

  Second, unsur Islamik yang di terapkan kedalam cerita. Aku terlalu suka sangat, kerana dakwah yang cuba di sampaikan memang menjadi sehinggakan menbuatkan aku menangis. Aku sendiri tidak percaya, tapi itulah yang terjadi dengan aku tatkala membaca bab 30. Bab yang membongkar sebuah rahsia yang bersangkut-paut dengan peristiwa pembunuhan kejam Zionis keatas rakyat Palestine di Sabra & Sathila. Ia membuatkan aku menangis insaf. Novel ini yang pertama berjaya mengeluarkan airmata lelaki aku. Sometimes ada karya yang berunsurkan dakwah tidak menjadi atau dalam kata lain tidak sampai ke para pembaca. Mungkin disebabkan kurang pengalaman kot. Tetapi novel ini memang berjaya total.

  Ketiga pulak ialah sentuhan romantis sang penulis yang dapat di rasakan oleh para pembaca. Ianya memang berjaya. Membacanya umpama kita ikut hanyut sama ke dalam musim sejuk membeku kota Rusia. Kadang-kadang ketika aku membacanya aku tersenyum sendirian. Ada momen-momen yang aku rasakan mencuit hati & terasa manis sekali. Jikalau aku dapat merasakan detik-detik itu alangkah bahagianya diri. Mengarut, aku manusia biasa & dia watak ciptaan seorang pengkarya. Mana mungkin...

  Ok yang itu tadi part positif, sekarang part nagatif pulak. Mesti ada pro & kontra setiap benda, takan nak ok je kan. Aku kurang minat dengan dialog-dialog di dalam novel ini kebanyakannya terlalu panjang hingga kadang-kadang mencecah lima muka surat. Ia menimbulkan kebosanan kadang-kala. Agak tidak masuk dek akal jugak kalau di dalam kehidupan seharian kita berdialog sebegitu, bukan? Lagi-lagi di bahagia penghuraikan fakta oleh Ayyas. Dia lebih kelihatan seperti membaca sebuah buku ilmiah, dia kelihatan tidak  spontan dalam hal itu. Mana mungkin manusia biasa sebegitu... 

  Kedua, pulak kelemahan plot cerita. Ini kerana aku mengharap sangat insiden pengeboman hotel itu menjadi klimaks cerita ataupun memukul hebat si watak utama. Ternyata aku salah, Ayyas terlepas dari semua itu dengan mudah & boleh dikatakan sepanjang penceritaan lelaki itu kelihatan bahagia. Tidak ada cabaran besar di hadapinya. Bumi Cinta kekurangan pada bahagia itu. Kaya dengan konflik dalaman tetapi tidak dari segi luaran. 

  Third, part yang sangat aku tidak suka. Di mana klimaks ataupun penamat jalan ceritanya. Ini kerana ia seperti tergantung begitu sahaja tanpa ada kata putus. Aku tertanya-tanya, adakah Sofea/Linor masih hidup ataupun tidak setelah di tembak oleh ejen Zionis. Bumi Cinta seperti kehilangan bahagia epilognya.  Atau adakah Habiburrahaman sengaja menulis sebegitu kerana ingin menyambung novel ini? Aku juga rasa begitu... pasti dia ada perancangannya sendiri. 

  Harap-harap novel ini di sambung & jikalau ada diharapakan kelemahan-kelemahan yang ada sedia ada dapat di tebus kembali pada sekuelnya. Apa yang aku dapat katakan ke atas karya ini ialah Superb! Novel yang menjadi total. Kaya dengan elemen dakwah, kemanisan & kemanusiaan. Btw congratz to Habiburrahman El Shirazy! Jika ada sekualnya, ia harus menjadi koleksi. 

p/s: Aku terlupa nak bagitahu yang aku turut tertanya-tanya apa yang terjadi pada Dr. Anastasia Palazzo kerana di akhir-akhir cerita, tidak di ceritakan apa yang berlaku keatas diri wanita itu seperti mana-mana watak-watak yang lain. Penulis terlepas pandang barangkali~

Masih seperti semalam


  Aku & segalanya berkaitan cerita hidupku, semuanya masih seperti semalam. Tiada perubahan sedikit pun apa lagi selangkah ke hadapan. Sahabat-sahabatku ada berkata semua itu harus di ubah. Sampai bila harus semua ini sebegini rupa. Aku mahu & lebih dari mahu... tapi aku tidak berani untuk mengerakan kaki ku, apalagi membuka langkah. Aku perlu masa... aku tidak tahu berapa lama. Maaf aku bukan budiman seperti yang di katakan oleh mereka. Aku cuma lelaki lemah & bodoh. Aku mahu semua ini berakhir segera, secepat mungkin. Tetapi ianya bukan mudah seperti apa yang di impikan, kerana aku lemah. Lemah mahu melangkah.
  
Setiap pagi ke sekolah aku dengan wajah yang ceria & penuh semangat keazaman di dada, melangkah dengan harapan situasi ini sedikit berubah nanti. Tapi setiap kali itu jugalah aku gagal. Gagal apabila berdepan dengan dia. Aku layu, lalu jatuh tersungkur. Semangat di setiap awalnya melayang pergi. Pergi kerana takut. Takut bersulam malu, malu kerana dengan apa yang telah terjadi. Aduh, jika masa itu bisa di beli sudah aku lakukan! Seberapa mahal pun harganya aku sanggup. Meskipun terpaksa kerja seumur hidupku. 

 Aku tahu, kau juga mahu semua ini berubah. Tindakan mu bisa menipu tapi matamu tidak sama sekali. Aku cukup faham semua itu. Kau perempuan & aku lelaki. Itu fitrah kita. Lelaki dahulu dari perempuan, tidak kira dari segi aspek apa pun. Aku tahu kau mahu aku mulakan dahulu bukan? Aku juga mahu begitu... kerana itu sudah menjadi tugasku sebagai lelaki tapi aku lemah. Aku perlu waktu, aku terlalu bosan dengan semua ini. Aku tidak mahu cerita ini berlarutan panjang. Titik noktah itu harus di capai segera... aku akan berusaha mencari keberanian. Hanya itu yang dapat menamatkan cerita ini. Hanya 'keberanian'. Insyallah~

Sunday, April 24, 2011

Warkah~


Diriku berlagu sendu di sini
Dirimu tertawa, berdansa ria di seberang sana
bersama yang lain
Dulu... kau pernah bilang cinta padaku
Rela mati demi cinta kita
Tapi... tapi mana kalimat-kalimat itu pergi
Semua itu sekadar karut & dusta 
Pembohongan lagi penipuan
Sandiwara juga lakonan
Dari dirimu istimewa buatku
Wahai kasih...
Terima kasih atas semua itu
Tetapi diriku tetap akan berdiri teguh di sini
Menunggumu di pelabuhan ini dengan penuh harapan
Meskipun sampai berhujan peluru, bermandi darah 
Berpanas melecur, terbakar rentung
Aku sanggup... sanggup demi dirimu
Yang tidak akan pernah mencintaiku
Terima kasih buat terakhir kali
Aku mahu kau tahu, dirimu yang pertama & juga terakhir
Semoga berbahagia kasih
Pintaku terakhir, doakan aku gembira di alam sana.

Sunday, April 17, 2011

Sampai berjumpa lagi...

Hamparan dada langit dunia terhias oleh jutaan bintang. Bintang yang terlalu bergemerlapan. Sang rembulan menjadi destar kepada alam. Cahayanya yang menerangi seluruh penjuru. Angin malam nyaman terasa merobek-robek keadaan. Malam yang begitu indah sekali, terasa cukup mendamaikan. Damai yang terlalu di inginkan berkekalan & berpanjangan...
     Tangannya erat memegang sebuah jambangan bunga mawar merah. Indah ia kelihatan, segar berbunga ia bagaikan hatinya. Di kocek pula ada sebuah kotak kecil... kotak apa? Tidak pula di ketahui melainkan dia seorang. 'Syhhh... kejutan buat Maya nanti'. Dari tadi senyuman manis menghiasi wajahnya yang tampan itu. Langkahnya terus dipercepatkan, sesaat bagaikan setahun rasanya. Meronta-ronta hatinya ingin bertemu. Mahu meluahkan segala apa yang ada. 'Kini aku akan nyatakan tentang itu.' Bisik hati lelaki itu.    
     Bunyi hon menghentak gegendangnya dari arah belakang. Tersentak Arman dari lamunannya yang terlalu indah itu. Arman mendengus kencang. Lampu isyarat sudah lama menunjukkan warna hijau. Segera kereta Perdana V6 itu bergerak laju. Telefon bimbit Arman berdering meraung minta diangkat.  Terkial-kial dia mengeluarkannya dari kocek seluarnya. Sambil sebelah tangannya memegang stereng.
    "Hello," mukadimah Arman.
    "Arman, Maya ini," Sahut Maya Karlissa. Arman terkejut bukan kepalang mendengar suara itu. Lantas bibir mengukir senyuman & wajah melukis kegembiraan yang tiada taranya. Suara yang terlalu di rindui meskipun didengari setiap detik. Suara yang bisa menggetarkan hati lelakinya. Suara umpama alunan serunai dewa kepadanya. Begitu hebat jelmaan si dia di mata si sang arjuna. Terlalu agung di matanya, lantas di jadikan pujaan kerana hatinya sudah tertambat pada gerangan rembulan. 
    "Mana you ni, Semua orang dah sampai. Jadi ke tak ni? Tinggal you je bestbuddy I yang belum sampai." Kedengaran suara Maya Karlissa agak kesal. Sememangnya gadis itu ada majlis rahsia yang ingin dijadikan kejutan buat Arman.
     "Kejap lagi I sampai ni. Tunggu je, I ada surprise untuk you ni." Ujar Amran dengan suara memujuk pada sahabatnya itu. Sahabat yang terlalu di cintainya. Pertemuan mereka berdua di bumi Vanice, Italy ketika belajar di sana telah menjadi titik tolak kepada persahabatan mereka yang masih teguh hingga kehari ini.
      "Okey I tunggu."
     "I akan datang jugak majlis yang you rahsiakan ni jugak, tak kira apa pun yang berlaku," janji Arman. Dia ingin berkata sesuatu tapi otaknya terus  menegahnya dari berbuat sedemikian rupa. Tidak wajar dia berkata sebegitu sekarang, ia harus di jadikan kejutan. Bukannya melalui perbualan telefon sebegitu dia mengatakan ayat keramat itu. Seketika perbualan sunyi dari sebarang suara... buat beberapa detik.
     "Assalamualaikum," Buat terakhir kali Maya Karlissa bersuara sebelum memutuskan talian.
     "Waalaikumsalam sayang,"jawap Arman. 'Malam ini aku akan beritahu segala apa yang ada di hatiku selama ini padamu, Maya...' Bisik hatinya.


Di tangannya ada sejambak bunga mawar merah. 'Maya amat gemar bunga mawar tentu dia suka,' getus hati Arman. Di koceknya pula ada sebuah kotak kecil berisi sebentuk cincin. Cincin itu akan menjadi milik Maya sebentar lagi. Benaknya diurungi seribu satu persoalan tatkala berdiri di luar pintu pagar rumah Maya Karlissa. Kelihatan terlalu banyak kereta di perkarangan rumah sahabatnya itu & beberapa orang lelaki berada di  luar rumah sambil mengenakan baju Melayu. 'Kenduri? Tapi Maya tak ada kata malam ni majlis kenduri. Kalau kenduri, kenduri apa?' monolog lelaki itu. Lantas dia membuka langkah mendekati pemuda-pemuda itu ingin bertanyakan sesuatu.
     "Assalamualaikum, bang bolehtanya?"
     "Ya,sudah tentu," jawap mereka hampir serentak.
     "Malam ni ada majlis apa?" Tanya Amran sambil tersenyum. Manis wajahnya kelihatan. Barisan giginya yang putih itu menambahkan lagi ketampanan wajahnya.
     "Malam ni ada majlis pertunangan." Jawap salah seorang daripada pemuda-pemuda itu.
     "Pertunangan? Siapa yang nak bertunang?" Arman mengerutkan dahinya tidak faham. Setahunya, Maya tidak ada memberi tahu padanya tentang apa-apa majlis pertunangan yang akan berlangsung di rumahnya.
     "Oh, saya hampir terlupa tentu ini majlis petunangan adik Maya iaitu Liana." Arman menepuk-nepuk dahinya. Hampir terlupa dia yang Liana, adik kepada Maya beberapa bulan yang lalu merancang ingin bertunang & ini tentulah majlisnya.
     "Terima kasih," Ucap Arman pada pemuda-pemuda itu. Dia tersenyum-senyum sendirian ketika mengatur langkah memasuki rumah. Gembira rasanya, tidak bisa di gambarkan oleh kata-kata. Keberaniannya kini sudah ada untuk meluahkan segala-galanya yang menjerut tangkai hatinya selama tiga tahun ini. Kini pemuda itu mahu bebas merdeka, bebas dari penyiksaan ini. Cinta ini kian membunuhnya. Sedetik masa lagi dia bisa mati. Mati kerana cinta yang bisa di lihat tapi tidak bisa di miliki.
     Jantungnya umpama direntap keluar dari dadanya. Nadinya umpama di hiris dengan sekali hirisan sembilu. Kepalanya seperti di tembusi peluru. Membiaskan segala isi yang ada di kepalanya. Lehernya seperti dilibas pedang. Pedang yang terlalu tajam bagai tiada ampunya. Begitu batin sang Adam terbunuh tanpa sengaja. Sadis lagi pilu, kejam terlalu menyakitkan. Jiwanya mati... umpama di renjat satu arus elektrik yang maha tinggi. Airmatanya berlinangan lantas jatuh singgah ke lantai rumah banglo itu. Sejambak bunga mawar yang berada di tangannya, jatuh terlepas dari pegangan.
      Pilu hatinya lantas bibirnya mengukir senyuman. Senyuman kegembiraan yang tidak dapat di ucapkan lagi melalui perkataan. Tampak jelita sungguh wajah Maya Karlissa di dalam persalinan kebaya moden rona lembut merah jambu. Duduk bersimpu ayu sambil jari manisnya di sarungkan sebentuk cincin oleh seorang wanita saparuh abad. Semua mata yang ada di dalam banglo itu tertumpu kepadanya seorang. Bagaikan di pukau oleh kecantikan si bidadari syurga. Cahaya lensa tidak henti-henti memancarkan cahayanya seperti tidak ingin melepaskan setiap detik majlis pertunangan itu. 
     Di dalam keriuhan orang ramai Arman berdiri di situ sambil tersenyum. Tersenyum sambil menangis.... sememangnya bukan Liana yang bertunang tetapi kakaknya Maya Karlissa & ini rupanya majlis yang Maya rahsiakan dari pengetahuan Arman. Majlis yang terlalu di tunggu-tunggunya & ingin di jadikan kejutan buat sahabat karibnya Arman. 'Ternyata ia menjadi. Kau sudah berjaya Maya, membuat aku terkejut. Aku tumpang gembira sahabat ku. Terima kasih Maya... " Kata Arman yang kini sudah terlewat. Terlewat dalam mengejar cinta Maya Karlissa. Amat tidak di sangka dalam diam gadis itu sudah berpunya atau pun dengan kata lain sudah dimiliki hatinya oleh lelaki lain.
     'Kau terlalu bodoh & pengecut Arman, kau terlalu takut dengan perasaan kau sendiri & sekarang kau lihat sendiri. Kau mengumpul keberanian itu selama tiga tahun & ternyata ianya sekadar sia-sia sahaja. Masa itu tidak mungkin bisa diundur lagi Arman, meskipun nyawa kau menjadi pertukaran.' Marah lelaki itu di dalam hati. Marah terhadap dirinya sendiri yang terlalu bodoh & takut meluahkan perasaan cintanya selama ini. Tiga tahun itu merupakan satu masa yang terlalu panjang.
     Di satu sudut hatinya yang lain pula berbicara 'Jangan pernah menyesal Arman. Ini semua ketentuan-Nya, mungkin dia bukan untuk kau & kau adalah untuk orang lain. Di sisi lain kamu boleh bersama tetapi di sisi ini kamu tidak mungkin boleh mengecapinya. Sahabat itu lebih penting... usah menangis sahabatku,' Motivasi Arman terhadap dirinya sendiri. Perlahan-lahan dia mengesat air mata yang membasahi pipinya. Seraya dia melambai-lambai sambil tersenyum kearah Maya Karlissa. "Sampai berjumpa lagi" Ucap Arman & tenang buat selama-lamanya.
     Maya Karlissa terasa seperti ada seseorang sedang melambai-lambai ke arahnya di dalam orang ramai yang hadir. Orang itu pastinya orang yang dia sayangi, hati naluri kuat mengatakan itu. Sahabatnya yang terlalu baik & menyayanginya juga. Tetapi tidak di ketahui siapa pula kerana orang terlalu ramai pada waktu ketika itu. Yang pasti dia ingin mengatakan sesuatu, sesuatu buat kali terakhir. Maya Karlissa tercari-cari di dalam orang ramai yang hadir. Hampa... ia tidak kelihatan. 'Mana dia?' Bisik hati kecil gadis jelita itu.


Jam menunjukan hampir pukul 12 malam. Sunyi suasana mencengkam persekitaran. Sepi tanpa suara manusia meningkah.Telefon bimbit Maya Karlissa berdering. Menjerit minta di angkat, lalu segera gadis itu mengangkat panggilan. Masih dalam keadaan mamai dia menjawap panggilan.
     "Cik Maya," Suara seorang lelaki tidak di kenali sedang berada di talian kini. 
    "Ya saya." Jawap Maya Karlissa.
    "Sahabat cik iaitu Putra Arman Yusuff telah terlibat dengan satu kes kemalangan ngeri lebih kurang petang tadi... " Pantas satu perasaan maha dahsyat merasuk dirinya. Tiada kata yang tercipta dapat menzahirkannya. Satu titisan air mata mengalir tumpah dari kolam matanya. Sekali gus menghamburkan esak tangisan yang berpanjangan bagaikan tiada berkesudahan. 


p/s: Kadang-kadang kita telalu takut pada benda yang tidak sepatutnya... ia sering membuatkan kita sakit lagi menderita. Tapi... jangan menangis. Kerana hari esok masih ada & Tuhan itu maha tahu apa yang terbaik untuk dirancang buat kita. Selagi kita bersamanya... insyallah~

Saturday, April 16, 2011

Penagih Cinta~


Aku akui benteng egoku sudah runtuh
& engkau gerangannya itu.
Kau buat aku gila terhadapmu.
Mengemis-ngemis meminta kasih dari engkau.
Sedikit cuma tidak banyak yang ku perlikan
Jelmaanmu membuat aku kehilangan akal
Terus lenyap dari kewujudan fana 
Lantas mengalir hanyut ke dalam ilusi 
bersama bayangmu yang menjadi pujaan hati
Cintamu merasuk hati lemahku
Merobek-robek jantungku, menghiris-hiris nadiku
Tanpa belas, begitu kejam dirimu
Sedetik masa lagi aku bisa mati
Permohonanku...
Lepaskan aku dari penjara cintamu
Bebaskan aku dari ilmu magismu itu
Aku tidak berdaya lagi untuk hidup
Cukup sudah engkau menjerut tangkai hatiku
Kini aku merayu rungkaikan ia
Aku mahu bebas merdeka
Cukup, jangan seksa aku lagi!
Aku rayu belas kasihan dari dirimu
Ayuh, terimalah aku jadi kekasih hatimu!

Monday, April 11, 2011

Cuak giler! Pengalaman seram


  Seperti kebiasaannya aku escape kelas ICT yang entah apa-apa tu, mengarut. Then tunggu kat bus stop sambil baca novel Bumi Cinta. Baca punya baca punya baca, tiba-tiba datang seorang lelaki dalam keadaan tak terurus di bas stop tu sambil naik basikal buruk. Aku pun tengok muka dia, tiba-tiba dia senyum. Meremang giler segala bulu yang ada kat badan aku ni. Bukan apa senyuman dia lain macam sikit & menakutkan. Yelah dah macam penagih lepas tu senyum-senyum pula dengan kita. Siapa tak takutkan?

  So aku mengabaikan saja perasaan itu mungkin perasaan aku je kot, bisik dalam hati. Then menyambung pembacaan aku yang tergendala tadi. Kacau daun betullah mamat ni, orang tengah syok date dengan novel Bumi Cinta. Datang-datang tak bagi salam, mengejut pulak tu. Cis cake betul! Bentak hatiku. Tiba-tiba aku terpandang secara tidak sengaja dia mengeluarkan sebotol minuman keras dari pelastik hitam yang di bawanya. Aku still relaks & belagak cool. Aku terkejut bukan kepalang lagi pabila terlihat dia mengeluarkan setin gam kasut. Nak putus jantung aku tengok benda tu. What the hell with it? Kau nak gam kasut kau kat rumah? What the f***.

  Nak pengsan aku pada ketika itu. Dah sah-sah memang mamat penghisap gam punya orang, sampah masyarakat betul! Aku pun secara perlahan-lahan mengensotkan punggungku menjauhkan diriku dari mamat itu. Semua orang yang ada di bas stop tu cuak giler. Nak-nak aku yang cepat mengelabah ni. Then dia pun memulakan aksinya yang terlampau itu. Pada mulanya dia minum lepas tu dia hidu gam yang di bawanya itu. Aku langsung tak tengok adegan gila itu. Sial lagi keparat punya sampah, sumpah seranaku dalam hati.

  Samua orang dah berpeluh dah time tu, bila-bila je dia boleh bunuh kitaorang kalau dia nak. Oh, tidak menakutkan! Jantung aku berdegup dengan laju ikutkan hati mahu saja aku buka langkah seribu. Sekejap dia minum sekejap dia hidu gam tu tingkah dia sudah seperti orang hilang waras diringi dengan ludah-meludah tanpa henti. Takutnya aku tidak pernah aku berada di dalam situasi seperti itu. Aku memaki di dalam hati pada pemandu bas aku, nak dia segera ambil kitaorang.

  Sesaat di situ bagaikan seribu tahun duduk berdekatan syaitan itu. Pembacaan aku pada Bumi Cinta berantakan total tetapi aku berlagak seperti menghayatinya. Bau-bauan gam di udara menambahkan lagi thrill keadaan. Sial, kalau nak hidu gam bukan kat sinilah jahanam! Pekik aku dalam hati. Kalau kau nak masuk neraka tak payah nak bawa orang lain. Cukup diri kau sendiri meringkuk lagi membusuk kat dalam sana, tambahku lagi. Amarah yang di sulami debaran & ketakutan.Semakin lama semakin tidak waras tindakannya di depan kami. Mengajukan soalan-soalan bodoh bagaikan tidak meepunyai akal fikiran yang sihat. Lalok bersama dunianya.

  Menyampah, jijik, mual & segala perkataan-perkatan yang sewaktu dengannya, begitulah perasaanku terhadap mamat yang sudah pastinya tiada masa depan itu. Orang seperti itu tidak layak hidup di muka bumi ini jika hanya tahu bertuhankan syaitan nafsu serakah. Lebih kurang setengah jam lebih baru bas aku yang tak guna tu sampai ambil kitaorang. Lega tuhan saja yang tahu sedetik lagi bisa mati aku dibuatnya. Tersenyum gembira kami semua tatkala melihat bas itu tiba. Fuhhhh, thank GOD!

  Alhamdullilah, syukur tidak ada apa-apa yang buruk berlaku terhadap kami semua. Aku sempat melihat wajahnya dari bas. Tersenyum-senyum sambil terus menerus menghidu gamnya tanpa henti. Dijadikan seorang makhluk sempurna oleh Tuhan tidak di manfaatkannya langsung malah menjahanamkannya lagi. Tidak bersyukur sungguh si penghidu gam itu. Tiada yang bisa mengubah dirimu ,penghidu gam. Melainkan kau seorang sahaja yang mengubahnya & mendapat pertolongan Tuhan. Semoga kau berubah menjadi kewujudan yang bisa di gelar kehidupan. Demikian bisik hati kecilku ini yang lemah lagi serba-kekurangan ini.

Saturday, April 9, 2011

Aku mamat paling sombong kat sekolah


  Sejak kebelakangan ni. Aku sering mendengar buah mulut orang mengata aku kat sekolah. Sejak kejadian tu, yang paling latest aku dapat tau ada orang kata aku ni sombong & belagak. Aku dah selalu dengar dah orang kata aku macam tu even parents aku sendiri. Tapi yang ni lain ckit budak perempuan  form 5 yang kata kat kawan rapat perempuan aku. Then kawan aku pun bagi tau aku dalam kelas. Reaksi aku? Senyum jelah. Apa lagi aku nak buat selain tersenyum takan nak marah pulak, dia ade hak nak cakap apa pun dia ade mulut.  Kalau korang tengok aku ni tanpa mengenali aku terlebih dahulu pasti korang kata aku sombong gila mentang-mentang budak pandailah katakan.


  Style aku jalan ala-ala model & muka serius macam nak makan orang. Dah cita-cita aku nak jadi flight attendant mestilah aku jalan macam tu. Nak biasakan dirilah katakan bukan nak menyombong. Bab yang muka serius tu memang dah natural beauty. Muka ketat sampai cikgu pun naik meremang bulu roma tengok muka aku. Cakaplah apa pun janji aku senang dengan cara pembawakan diri aku.  Luar nampak sombong tapi hati Tuhan je tahu. Kalau korang diketegorikan di dalam golongan orang yang aku biasa. Pasti korang akan tau siapa aku ni. Mesti korang gelak sampai nangis aku kerjakan!



Monday, April 4, 2011

Yeah, akhirnya!


  Hurm... baru berkesempatan nak update. Post aku kali ni berkaitan dengan novel yang baru saja aku beli beberapa hari yang lalu. Almaklumlah akukan kaki baca & kumpul novel. Susah nak jumpa lelaki macam aku ni zaman sekarang. Lelaki gila membaca tahap dewa tak ingat dunia. Hurmm...... Bumi cinta karya tersohor penulis Indonesia, Habiburrahamn El Shirazy menjadi pilihan pelengkap koleksi novel-novelku kini.


  Siapa yang tidak kenal dengan beliau? Penulis kepada novel terkenal sold out Ayat-ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. Karya-karya beliau disuntik dengan elemen kerohanian yang kental lagi pekat dalam sesuatu kuantiti yang banyak. Sentuhan bahasanya tiada tara & tandingan, justeru itu karya-karyanya mendapat perhatian seluruh pelusuk nusantara. Hebat, beliau juga salah satu idola aku dalam bidang penulisan.

  Ok back to the story, actually novel ni dah kena release since last year lagi. Cuma sekarang ni aku baru berkesempatan untuk memilikinya. Biasalah duit baru nak ada. Bukannya murah nak dekat Rm40 jugak senaskah coz novel ni tebal lebih kurang 700 ratus muka surat. Tapi taklah setebal novel Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. Novel tu memang aku tak mampu beli mahal gila coz ketebalan ia menyamai sebuah ensiklopedia. Hal ini demikianlah aku agak lambat untuk memiliki Bumi Cinta. Aku memilikinya karna penulis bukan sinopsis. Sinopsis datang kemudian sejurus penulisnya. Tidak ada keraguaan sinopsisnya menambat hatiku selepas penulisnya pada waktuku memegangnya ketika berada di sebuah kedai buku.

 Berikut adalah sinopsis pendek novel Bumi Cinta " Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhd Ayyas, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas & pornografi, iaitu Russia? Adakah iman & kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya? "

  Aku dah baca sinopsis sepenuhnya kat internet. Fuhhh... penuh dengan konflik & cabaran kehidupan Muhd Ayyas. Aku baru baca sampai bab 7. Tak sabar nak habiskan secepat mungkin. Lagi menurut apa yang aku baca novel ini lebih sarat dengan penderitaan tangisan dari novel Ayat-ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. Bertambah-tambah semangat aku nak baca lepas ni. Btw tak rugi kalau kita invest money kat benda yang boleh buat kita happy.

p/s: Esok ada test Sejarah & ULBS BM.... aku belum ada prepare apa-apa. Perancangan tak nak tidur malam ni. Nak fokus pada kedua-dua tu. Kononlah......
get this
Best Blogger Gadgets