Sunday, April 17, 2011

Sampai berjumpa lagi...

Hamparan dada langit dunia terhias oleh jutaan bintang. Bintang yang terlalu bergemerlapan. Sang rembulan menjadi destar kepada alam. Cahayanya yang menerangi seluruh penjuru. Angin malam nyaman terasa merobek-robek keadaan. Malam yang begitu indah sekali, terasa cukup mendamaikan. Damai yang terlalu di inginkan berkekalan & berpanjangan...
     Tangannya erat memegang sebuah jambangan bunga mawar merah. Indah ia kelihatan, segar berbunga ia bagaikan hatinya. Di kocek pula ada sebuah kotak kecil... kotak apa? Tidak pula di ketahui melainkan dia seorang. 'Syhhh... kejutan buat Maya nanti'. Dari tadi senyuman manis menghiasi wajahnya yang tampan itu. Langkahnya terus dipercepatkan, sesaat bagaikan setahun rasanya. Meronta-ronta hatinya ingin bertemu. Mahu meluahkan segala apa yang ada. 'Kini aku akan nyatakan tentang itu.' Bisik hati lelaki itu.    
     Bunyi hon menghentak gegendangnya dari arah belakang. Tersentak Arman dari lamunannya yang terlalu indah itu. Arman mendengus kencang. Lampu isyarat sudah lama menunjukkan warna hijau. Segera kereta Perdana V6 itu bergerak laju. Telefon bimbit Arman berdering meraung minta diangkat.  Terkial-kial dia mengeluarkannya dari kocek seluarnya. Sambil sebelah tangannya memegang stereng.
    "Hello," mukadimah Arman.
    "Arman, Maya ini," Sahut Maya Karlissa. Arman terkejut bukan kepalang mendengar suara itu. Lantas bibir mengukir senyuman & wajah melukis kegembiraan yang tiada taranya. Suara yang terlalu di rindui meskipun didengari setiap detik. Suara yang bisa menggetarkan hati lelakinya. Suara umpama alunan serunai dewa kepadanya. Begitu hebat jelmaan si dia di mata si sang arjuna. Terlalu agung di matanya, lantas di jadikan pujaan kerana hatinya sudah tertambat pada gerangan rembulan. 
    "Mana you ni, Semua orang dah sampai. Jadi ke tak ni? Tinggal you je bestbuddy I yang belum sampai." Kedengaran suara Maya Karlissa agak kesal. Sememangnya gadis itu ada majlis rahsia yang ingin dijadikan kejutan buat Arman.
     "Kejap lagi I sampai ni. Tunggu je, I ada surprise untuk you ni." Ujar Amran dengan suara memujuk pada sahabatnya itu. Sahabat yang terlalu di cintainya. Pertemuan mereka berdua di bumi Vanice, Italy ketika belajar di sana telah menjadi titik tolak kepada persahabatan mereka yang masih teguh hingga kehari ini.
      "Okey I tunggu."
     "I akan datang jugak majlis yang you rahsiakan ni jugak, tak kira apa pun yang berlaku," janji Arman. Dia ingin berkata sesuatu tapi otaknya terus  menegahnya dari berbuat sedemikian rupa. Tidak wajar dia berkata sebegitu sekarang, ia harus di jadikan kejutan. Bukannya melalui perbualan telefon sebegitu dia mengatakan ayat keramat itu. Seketika perbualan sunyi dari sebarang suara... buat beberapa detik.
     "Assalamualaikum," Buat terakhir kali Maya Karlissa bersuara sebelum memutuskan talian.
     "Waalaikumsalam sayang,"jawap Arman. 'Malam ini aku akan beritahu segala apa yang ada di hatiku selama ini padamu, Maya...' Bisik hatinya.


Di tangannya ada sejambak bunga mawar merah. 'Maya amat gemar bunga mawar tentu dia suka,' getus hati Arman. Di koceknya pula ada sebuah kotak kecil berisi sebentuk cincin. Cincin itu akan menjadi milik Maya sebentar lagi. Benaknya diurungi seribu satu persoalan tatkala berdiri di luar pintu pagar rumah Maya Karlissa. Kelihatan terlalu banyak kereta di perkarangan rumah sahabatnya itu & beberapa orang lelaki berada di  luar rumah sambil mengenakan baju Melayu. 'Kenduri? Tapi Maya tak ada kata malam ni majlis kenduri. Kalau kenduri, kenduri apa?' monolog lelaki itu. Lantas dia membuka langkah mendekati pemuda-pemuda itu ingin bertanyakan sesuatu.
     "Assalamualaikum, bang bolehtanya?"
     "Ya,sudah tentu," jawap mereka hampir serentak.
     "Malam ni ada majlis apa?" Tanya Amran sambil tersenyum. Manis wajahnya kelihatan. Barisan giginya yang putih itu menambahkan lagi ketampanan wajahnya.
     "Malam ni ada majlis pertunangan." Jawap salah seorang daripada pemuda-pemuda itu.
     "Pertunangan? Siapa yang nak bertunang?" Arman mengerutkan dahinya tidak faham. Setahunya, Maya tidak ada memberi tahu padanya tentang apa-apa majlis pertunangan yang akan berlangsung di rumahnya.
     "Oh, saya hampir terlupa tentu ini majlis petunangan adik Maya iaitu Liana." Arman menepuk-nepuk dahinya. Hampir terlupa dia yang Liana, adik kepada Maya beberapa bulan yang lalu merancang ingin bertunang & ini tentulah majlisnya.
     "Terima kasih," Ucap Arman pada pemuda-pemuda itu. Dia tersenyum-senyum sendirian ketika mengatur langkah memasuki rumah. Gembira rasanya, tidak bisa di gambarkan oleh kata-kata. Keberaniannya kini sudah ada untuk meluahkan segala-galanya yang menjerut tangkai hatinya selama tiga tahun ini. Kini pemuda itu mahu bebas merdeka, bebas dari penyiksaan ini. Cinta ini kian membunuhnya. Sedetik masa lagi dia bisa mati. Mati kerana cinta yang bisa di lihat tapi tidak bisa di miliki.
     Jantungnya umpama direntap keluar dari dadanya. Nadinya umpama di hiris dengan sekali hirisan sembilu. Kepalanya seperti di tembusi peluru. Membiaskan segala isi yang ada di kepalanya. Lehernya seperti dilibas pedang. Pedang yang terlalu tajam bagai tiada ampunya. Begitu batin sang Adam terbunuh tanpa sengaja. Sadis lagi pilu, kejam terlalu menyakitkan. Jiwanya mati... umpama di renjat satu arus elektrik yang maha tinggi. Airmatanya berlinangan lantas jatuh singgah ke lantai rumah banglo itu. Sejambak bunga mawar yang berada di tangannya, jatuh terlepas dari pegangan.
      Pilu hatinya lantas bibirnya mengukir senyuman. Senyuman kegembiraan yang tidak dapat di ucapkan lagi melalui perkataan. Tampak jelita sungguh wajah Maya Karlissa di dalam persalinan kebaya moden rona lembut merah jambu. Duduk bersimpu ayu sambil jari manisnya di sarungkan sebentuk cincin oleh seorang wanita saparuh abad. Semua mata yang ada di dalam banglo itu tertumpu kepadanya seorang. Bagaikan di pukau oleh kecantikan si bidadari syurga. Cahaya lensa tidak henti-henti memancarkan cahayanya seperti tidak ingin melepaskan setiap detik majlis pertunangan itu. 
     Di dalam keriuhan orang ramai Arman berdiri di situ sambil tersenyum. Tersenyum sambil menangis.... sememangnya bukan Liana yang bertunang tetapi kakaknya Maya Karlissa & ini rupanya majlis yang Maya rahsiakan dari pengetahuan Arman. Majlis yang terlalu di tunggu-tunggunya & ingin di jadikan kejutan buat sahabat karibnya Arman. 'Ternyata ia menjadi. Kau sudah berjaya Maya, membuat aku terkejut. Aku tumpang gembira sahabat ku. Terima kasih Maya... " Kata Arman yang kini sudah terlewat. Terlewat dalam mengejar cinta Maya Karlissa. Amat tidak di sangka dalam diam gadis itu sudah berpunya atau pun dengan kata lain sudah dimiliki hatinya oleh lelaki lain.
     'Kau terlalu bodoh & pengecut Arman, kau terlalu takut dengan perasaan kau sendiri & sekarang kau lihat sendiri. Kau mengumpul keberanian itu selama tiga tahun & ternyata ianya sekadar sia-sia sahaja. Masa itu tidak mungkin bisa diundur lagi Arman, meskipun nyawa kau menjadi pertukaran.' Marah lelaki itu di dalam hati. Marah terhadap dirinya sendiri yang terlalu bodoh & takut meluahkan perasaan cintanya selama ini. Tiga tahun itu merupakan satu masa yang terlalu panjang.
     Di satu sudut hatinya yang lain pula berbicara 'Jangan pernah menyesal Arman. Ini semua ketentuan-Nya, mungkin dia bukan untuk kau & kau adalah untuk orang lain. Di sisi lain kamu boleh bersama tetapi di sisi ini kamu tidak mungkin boleh mengecapinya. Sahabat itu lebih penting... usah menangis sahabatku,' Motivasi Arman terhadap dirinya sendiri. Perlahan-lahan dia mengesat air mata yang membasahi pipinya. Seraya dia melambai-lambai sambil tersenyum kearah Maya Karlissa. "Sampai berjumpa lagi" Ucap Arman & tenang buat selama-lamanya.
     Maya Karlissa terasa seperti ada seseorang sedang melambai-lambai ke arahnya di dalam orang ramai yang hadir. Orang itu pastinya orang yang dia sayangi, hati naluri kuat mengatakan itu. Sahabatnya yang terlalu baik & menyayanginya juga. Tetapi tidak di ketahui siapa pula kerana orang terlalu ramai pada waktu ketika itu. Yang pasti dia ingin mengatakan sesuatu, sesuatu buat kali terakhir. Maya Karlissa tercari-cari di dalam orang ramai yang hadir. Hampa... ia tidak kelihatan. 'Mana dia?' Bisik hati kecil gadis jelita itu.


Jam menunjukan hampir pukul 12 malam. Sunyi suasana mencengkam persekitaran. Sepi tanpa suara manusia meningkah.Telefon bimbit Maya Karlissa berdering. Menjerit minta di angkat, lalu segera gadis itu mengangkat panggilan. Masih dalam keadaan mamai dia menjawap panggilan.
     "Cik Maya," Suara seorang lelaki tidak di kenali sedang berada di talian kini. 
    "Ya saya." Jawap Maya Karlissa.
    "Sahabat cik iaitu Putra Arman Yusuff telah terlibat dengan satu kes kemalangan ngeri lebih kurang petang tadi... " Pantas satu perasaan maha dahsyat merasuk dirinya. Tiada kata yang tercipta dapat menzahirkannya. Satu titisan air mata mengalir tumpah dari kolam matanya. Sekali gus menghamburkan esak tangisan yang berpanjangan bagaikan tiada berkesudahan. 


p/s: Kadang-kadang kita telalu takut pada benda yang tidak sepatutnya... ia sering membuatkan kita sakit lagi menderita. Tapi... jangan menangis. Kerana hari esok masih ada & Tuhan itu maha tahu apa yang terbaik untuk dirancang buat kita. Selagi kita bersamanya... insyallah~

2 comments:

get this
Best Blogger Gadgets