Tuesday, May 31, 2011

Nur Kasih The Movie & Karak (Laluan Puaka)


  School break untuk semester satu, waktu yang di tunggu-tunggu oleh semua budak sekolah except budak-budak yang  nerd berabis. Ok semalam aku pergi tengok wayang di OB. Sendiri ok, no geng-geng! Malas aku kalau bawa-bawa kawan ni, menyusahkan. Jalan sendiri lagi best, ikut kepala sendiri. Nak pergi mana pun ikut suka kalau dengan kawan-kawan ada la yang tak setuju, itulah inilah, macam-macam gaya. So konklusinya jalan sendiri-sendiri memang terbaik! 

  Agenda aku jalan semalam adalah ingin menonton filem di samping membuang duit yang aku dapat di Anugerah Pelajar Cemerlang tempoh hari. Alah, bukan banyak pun, RM50 je. Cukuplah tu untuk makan angin sendiri. Aku tengok dua filem semalam sambung-sambung, kira movie marathonler. Kedua-duanya filem tempatan. Jika di beri peluang antara filem tempatan & luar. Aku akan pilih filem tempatan dahulu atas niat nak majukan perfileman negara, katanye. 


  Nur  Kasih The Movie ni aku memang tunggu-tunggu sekian lama. Sebab aku mengikuti drama dia dulu dari episod pertama sampailah penghujung. Memandangkan filem ini merupakan epilognya, so aku mesti tonton, yeah! Banyak benda yang aku suka berbanding tak suka pada karya Kabir Bhatia ni. Kiranya menjadilah walaupun tak buat aku nangis. Kalau aku dah nangis tu maknanya filem tu filem terbaik punye. Actually aku miss 10 minit pertama tayangan. So tak pe aku just go with the flow... Sememangnyer epilog ini sarat dengan dugaan & rintangan didalam perkahwinan antara Adam & Nur Amina. Sedih sangat jalan ceritanya. Filem ini menekankan betapa agungnya cinta diantara mereka sehingga ke nafas terakhir. Tepukan gemuruh buat Kabir & isterinya, Mira. Scene dalam filem ni memang superb especially ketika Adam & Nur di Jordan.       


  Belum ada filem Malaysia dapat menandinginya. Aku seolah-olah merasa di Jordan ketika menontonnya. Garapan cerita sempurna, itu sahaja yang aku dapat katakan. Menjadi habisler, penuh konflik & permainan emosi gitu. Terasa insaf jugak aku time menonton. Ini kerana ia jugak diselitkan unsur-unsur dakwah yang pada aku menjadilah. Selain itu ianya jugak penuh dengan unsur-unsur kejutan. Lain yang di sangkakan lain pulak yang terjadi. Tak klise dari segi jalan cerita & teratur kemas. Ending dia memang menjadi total, sedih sampai meremang bulu roma aku. Betul, aku tak tipu punye. Time Nur diwaktu tua termenung mengingatkan Adam yang telah pergi. Part tu memang meruntun emosi. Tuntasnya, aku tak puas dengan filem ni. Kalau boleh nak ada lagi sekuel. Tapi sayangnya cinta diantara Adam & Nur sudah sampai di titik akhir jalan cerita~ Sob... sob...


  Next pulak ialah Karak (Laluan Puaka) karya seram hardcore pertama KRU. Cerita ni boleh tahan la dari segi kengeriannya. Aku geli sangat part ada mamat entah apa nama dia tu makan luka kat muka dia yang dah berulat. Euwww... nasib aku tak beli popcorn kalau tak mesti termuntah dah. Best la jugak movie ni kalau setakat nak berhibur. Lakonan pun not bad semua, even semua still baru lagi dalam dunia lakonan. Lakonan  Shera Aiyob & Shahir memang menjadi, terasa emosi Shera Aiyob time bergelut dengan hantu-hantu tu semua. Selain itu jugak diselitkan unsur komedi yang boleh tahan best jugaklah.


  Yang aku kurang puas hati ialah dari aspek hantu yang ditonjolkan. Terlalu diperlihatkan sehinggakan penonton tidak merasa takut. Seperti menonton filem bergendre drama aku rasa time menonton. Hantu dia terang-terang kena bagi nampak. Selalu pulak tu keluar macam gila glamor semacam. Rasa seram terus tak de, rasa bosan adalah. Cubalah hantu tersebut di keluarkan sekejap-kejap je & tak terlalu di bagi lihat wajahnya. Tak banyak pun sedikit penonton akan rasa berdebar, ni tak! Rumusnya, filem ni setakat ok je & tak lebih dari itu. Sorry, KRU!


p/s: 4.5 Bintang untuk Nur Kasih The Movie
      3 Bintang untuk Karak.

Sunday, May 22, 2011

Coretan Kursus Ahli Lembaga Pengarah (P.U.M) 2011


Lamanya tak update diari. Pada 13 Mei yang lalu aku telah menyertai Kursus ALP PUM yang bertempat di Likas Square Condotel. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tidur hotel free owh! Haha! Actually banyak benda yang aku dapat dari kursus tersebut. So aku nak coret kat sini. Aku mengikuti kursus ini bersama 5 lagi rakan ku yang lain. Dimana kami semua adalah Ahli Lembaga Pengarah Program Usahawan Muda di sekolah Kami yakni S.M.K Bandaraya. Ahli jawatan kuasa tertinggi jer boleh pergi, yang lain dudduk rumah! 


Ok datang-datang jer aku terus di amanahkan untuk memegang kad bilik. Kami mendapat bilik yang berada di tingkat 13 & bernombor 13. 1313 la kiranya nombor bertuah yang kami dapat hari tu. Scary sangat~  So kat atas nilah biilik kitaorang. Selesa coz free. Kursus ni hampir 90% diisi dengan ceramah mengenai keusahawanan. Best sangat dapat belajar banyak benda yang kita tak tahu. Tapi ramai gak yang telentang berdengkur tetidur termasuk aku sendiri. Haha, penatlah lif rosak mana taknya. Terpaksa naik turun tangga, lagi-lagi kami yang duduk tingkat 13. Boleh kurus owh!


Insiden yang paling aku tak boleh lupa time kursus ni ialah hp aku hilang. Argh, aku cuai sangat sebab tu tercicir! Nak nangis aku ingat kejadian tu. Banyak kenangan dalam hp tu. Ni mungkin disebabkan karma barangkali, sebab dulu aku selalu kata aku nak hp baru coz bosan sangat dengan hp aku tu. See? Aku kena tinggalkan now. Menangis air mata darah sekali pun hp aku tak akan pulang balik. Tulah aku tak tahu bersyukur langsung dengan apa yang ada. Sekarang baru nak menyesal! 


Di samping itu aku dapat pengalaman seram first aku time kursus ni. Betul aku tak tipu punya, tapi just macam dengar suara jer lah. Lagi satu ada satu lif tu yang memang seram siot! Dah la buruk lepas tu pintu dia mengeluarkan suara yang creepy time terbuka. Aku & kawan aku apa lagi cabut larilah! Aku agak kecewa sedikit coz team kami tak buat persembahan time pembentangan. 

Padahal team kamilah paling bersemangat & praktis banyak kali. Sekali tengok tak jadi naik pentas, ni disebabkan ada bebarapa kesilapan teknikal actually.Konklusinya kursus ini banyak meninggalkan kesan pada aku. Hari ini genaplah seminggu kursus tersebut berlalu. Rindunya aku kalau boleh nak tidur hari-hari kat hotel secara percuma.  

p/s: next month aku akan mengantikan tempat salah seorang pembentang kami di konvensyen di Likas Square Condotel jugak. Yahoo, tidur tempat yang sama lagi! Tapi nervous sangat, coz first time. Aku accept coz nak ambil pengalaman. So next year aku dah bersedia untuk team kami. 

Wednesday, April 27, 2011

Resensi Bumi Cinta


  Aku baru je habis baca novel Bumi Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy beberapa hari yang lalu. So ini feedback aku keatas karya tersebut. Actually ada beberapa benda yang aku suka & tak berapa suka dengan novel ini. First aku suka sangat  dengan novel ni kerana setting ataupun latar cerita, iaitu musim sejuk negara Rusia yang menjadi lokasi utama. Penulis menceritakan setiap tempat yang berkaitan dengan begitu teliti disamping menyulamnya dengan sejarah-sejarah lalu. Suka sangat kerana ia boleh menambah pengetahuan kita secara tidak langsung. 

  Second, unsur Islamik yang di terapkan kedalam cerita. Aku terlalu suka sangat, kerana dakwah yang cuba di sampaikan memang menjadi sehinggakan menbuatkan aku menangis. Aku sendiri tidak percaya, tapi itulah yang terjadi dengan aku tatkala membaca bab 30. Bab yang membongkar sebuah rahsia yang bersangkut-paut dengan peristiwa pembunuhan kejam Zionis keatas rakyat Palestine di Sabra & Sathila. Ia membuatkan aku menangis insaf. Novel ini yang pertama berjaya mengeluarkan airmata lelaki aku. Sometimes ada karya yang berunsurkan dakwah tidak menjadi atau dalam kata lain tidak sampai ke para pembaca. Mungkin disebabkan kurang pengalaman kot. Tetapi novel ini memang berjaya total.

  Ketiga pulak ialah sentuhan romantis sang penulis yang dapat di rasakan oleh para pembaca. Ianya memang berjaya. Membacanya umpama kita ikut hanyut sama ke dalam musim sejuk membeku kota Rusia. Kadang-kadang ketika aku membacanya aku tersenyum sendirian. Ada momen-momen yang aku rasakan mencuit hati & terasa manis sekali. Jikalau aku dapat merasakan detik-detik itu alangkah bahagianya diri. Mengarut, aku manusia biasa & dia watak ciptaan seorang pengkarya. Mana mungkin...

  Ok yang itu tadi part positif, sekarang part nagatif pulak. Mesti ada pro & kontra setiap benda, takan nak ok je kan. Aku kurang minat dengan dialog-dialog di dalam novel ini kebanyakannya terlalu panjang hingga kadang-kadang mencecah lima muka surat. Ia menimbulkan kebosanan kadang-kala. Agak tidak masuk dek akal jugak kalau di dalam kehidupan seharian kita berdialog sebegitu, bukan? Lagi-lagi di bahagia penghuraikan fakta oleh Ayyas. Dia lebih kelihatan seperti membaca sebuah buku ilmiah, dia kelihatan tidak  spontan dalam hal itu. Mana mungkin manusia biasa sebegitu... 

  Kedua, pulak kelemahan plot cerita. Ini kerana aku mengharap sangat insiden pengeboman hotel itu menjadi klimaks cerita ataupun memukul hebat si watak utama. Ternyata aku salah, Ayyas terlepas dari semua itu dengan mudah & boleh dikatakan sepanjang penceritaan lelaki itu kelihatan bahagia. Tidak ada cabaran besar di hadapinya. Bumi Cinta kekurangan pada bahagia itu. Kaya dengan konflik dalaman tetapi tidak dari segi luaran. 

  Third, part yang sangat aku tidak suka. Di mana klimaks ataupun penamat jalan ceritanya. Ini kerana ia seperti tergantung begitu sahaja tanpa ada kata putus. Aku tertanya-tanya, adakah Sofea/Linor masih hidup ataupun tidak setelah di tembak oleh ejen Zionis. Bumi Cinta seperti kehilangan bahagia epilognya.  Atau adakah Habiburrahaman sengaja menulis sebegitu kerana ingin menyambung novel ini? Aku juga rasa begitu... pasti dia ada perancangannya sendiri. 

  Harap-harap novel ini di sambung & jikalau ada diharapakan kelemahan-kelemahan yang ada sedia ada dapat di tebus kembali pada sekuelnya. Apa yang aku dapat katakan ke atas karya ini ialah Superb! Novel yang menjadi total. Kaya dengan elemen dakwah, kemanisan & kemanusiaan. Btw congratz to Habiburrahman El Shirazy! Jika ada sekualnya, ia harus menjadi koleksi. 

p/s: Aku terlupa nak bagitahu yang aku turut tertanya-tanya apa yang terjadi pada Dr. Anastasia Palazzo kerana di akhir-akhir cerita, tidak di ceritakan apa yang berlaku keatas diri wanita itu seperti mana-mana watak-watak yang lain. Penulis terlepas pandang barangkali~
get this
Best Blogger Gadgets