Tuesday, May 31, 2011

Nur Kasih The Movie & Karak (Laluan Puaka)


  School break untuk semester satu, waktu yang di tunggu-tunggu oleh semua budak sekolah except budak-budak yang  nerd berabis. Ok semalam aku pergi tengok wayang di OB. Sendiri ok, no geng-geng! Malas aku kalau bawa-bawa kawan ni, menyusahkan. Jalan sendiri lagi best, ikut kepala sendiri. Nak pergi mana pun ikut suka kalau dengan kawan-kawan ada la yang tak setuju, itulah inilah, macam-macam gaya. So konklusinya jalan sendiri-sendiri memang terbaik! 

  Agenda aku jalan semalam adalah ingin menonton filem di samping membuang duit yang aku dapat di Anugerah Pelajar Cemerlang tempoh hari. Alah, bukan banyak pun, RM50 je. Cukuplah tu untuk makan angin sendiri. Aku tengok dua filem semalam sambung-sambung, kira movie marathonler. Kedua-duanya filem tempatan. Jika di beri peluang antara filem tempatan & luar. Aku akan pilih filem tempatan dahulu atas niat nak majukan perfileman negara, katanye. 


  Nur  Kasih The Movie ni aku memang tunggu-tunggu sekian lama. Sebab aku mengikuti drama dia dulu dari episod pertama sampailah penghujung. Memandangkan filem ini merupakan epilognya, so aku mesti tonton, yeah! Banyak benda yang aku suka berbanding tak suka pada karya Kabir Bhatia ni. Kiranya menjadilah walaupun tak buat aku nangis. Kalau aku dah nangis tu maknanya filem tu filem terbaik punye. Actually aku miss 10 minit pertama tayangan. So tak pe aku just go with the flow... Sememangnyer epilog ini sarat dengan dugaan & rintangan didalam perkahwinan antara Adam & Nur Amina. Sedih sangat jalan ceritanya. Filem ini menekankan betapa agungnya cinta diantara mereka sehingga ke nafas terakhir. Tepukan gemuruh buat Kabir & isterinya, Mira. Scene dalam filem ni memang superb especially ketika Adam & Nur di Jordan.       


  Belum ada filem Malaysia dapat menandinginya. Aku seolah-olah merasa di Jordan ketika menontonnya. Garapan cerita sempurna, itu sahaja yang aku dapat katakan. Menjadi habisler, penuh konflik & permainan emosi gitu. Terasa insaf jugak aku time menonton. Ini kerana ia jugak diselitkan unsur-unsur dakwah yang pada aku menjadilah. Selain itu ianya jugak penuh dengan unsur-unsur kejutan. Lain yang di sangkakan lain pulak yang terjadi. Tak klise dari segi jalan cerita & teratur kemas. Ending dia memang menjadi total, sedih sampai meremang bulu roma aku. Betul, aku tak tipu punye. Time Nur diwaktu tua termenung mengingatkan Adam yang telah pergi. Part tu memang meruntun emosi. Tuntasnya, aku tak puas dengan filem ni. Kalau boleh nak ada lagi sekuel. Tapi sayangnya cinta diantara Adam & Nur sudah sampai di titik akhir jalan cerita~ Sob... sob...


  Next pulak ialah Karak (Laluan Puaka) karya seram hardcore pertama KRU. Cerita ni boleh tahan la dari segi kengeriannya. Aku geli sangat part ada mamat entah apa nama dia tu makan luka kat muka dia yang dah berulat. Euwww... nasib aku tak beli popcorn kalau tak mesti termuntah dah. Best la jugak movie ni kalau setakat nak berhibur. Lakonan pun not bad semua, even semua still baru lagi dalam dunia lakonan. Lakonan  Shera Aiyob & Shahir memang menjadi, terasa emosi Shera Aiyob time bergelut dengan hantu-hantu tu semua. Selain itu jugak diselitkan unsur komedi yang boleh tahan best jugaklah.


  Yang aku kurang puas hati ialah dari aspek hantu yang ditonjolkan. Terlalu diperlihatkan sehinggakan penonton tidak merasa takut. Seperti menonton filem bergendre drama aku rasa time menonton. Hantu dia terang-terang kena bagi nampak. Selalu pulak tu keluar macam gila glamor semacam. Rasa seram terus tak de, rasa bosan adalah. Cubalah hantu tersebut di keluarkan sekejap-kejap je & tak terlalu di bagi lihat wajahnya. Tak banyak pun sedikit penonton akan rasa berdebar, ni tak! Rumusnya, filem ni setakat ok je & tak lebih dari itu. Sorry, KRU!


p/s: 4.5 Bintang untuk Nur Kasih The Movie
      3 Bintang untuk Karak.

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets