Wednesday, April 27, 2011

Masih seperti semalam


  Aku & segalanya berkaitan cerita hidupku, semuanya masih seperti semalam. Tiada perubahan sedikit pun apa lagi selangkah ke hadapan. Sahabat-sahabatku ada berkata semua itu harus di ubah. Sampai bila harus semua ini sebegini rupa. Aku mahu & lebih dari mahu... tapi aku tidak berani untuk mengerakan kaki ku, apalagi membuka langkah. Aku perlu masa... aku tidak tahu berapa lama. Maaf aku bukan budiman seperti yang di katakan oleh mereka. Aku cuma lelaki lemah & bodoh. Aku mahu semua ini berakhir segera, secepat mungkin. Tetapi ianya bukan mudah seperti apa yang di impikan, kerana aku lemah. Lemah mahu melangkah.
  
Setiap pagi ke sekolah aku dengan wajah yang ceria & penuh semangat keazaman di dada, melangkah dengan harapan situasi ini sedikit berubah nanti. Tapi setiap kali itu jugalah aku gagal. Gagal apabila berdepan dengan dia. Aku layu, lalu jatuh tersungkur. Semangat di setiap awalnya melayang pergi. Pergi kerana takut. Takut bersulam malu, malu kerana dengan apa yang telah terjadi. Aduh, jika masa itu bisa di beli sudah aku lakukan! Seberapa mahal pun harganya aku sanggup. Meskipun terpaksa kerja seumur hidupku. 

 Aku tahu, kau juga mahu semua ini berubah. Tindakan mu bisa menipu tapi matamu tidak sama sekali. Aku cukup faham semua itu. Kau perempuan & aku lelaki. Itu fitrah kita. Lelaki dahulu dari perempuan, tidak kira dari segi aspek apa pun. Aku tahu kau mahu aku mulakan dahulu bukan? Aku juga mahu begitu... kerana itu sudah menjadi tugasku sebagai lelaki tapi aku lemah. Aku perlu waktu, aku terlalu bosan dengan semua ini. Aku tidak mahu cerita ini berlarutan panjang. Titik noktah itu harus di capai segera... aku akan berusaha mencari keberanian. Hanya itu yang dapat menamatkan cerita ini. Hanya 'keberanian'. Insyallah~

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets