Saturday, March 5, 2011

Aku mati dalam cinta.... hidup dalam amarah!

  
  Aku sudah kurus, itu kata ayahku. Aku juga merasakan yang sama, makan pun aku tidak berselera sekarang. Sejak kejadian itu, aku umpama mati dalam hidup. Selekeh, seolah-olah aku bukan diriku lagi. Tidak lagi memakai deo & perfume seperti kebiasaannya. Kecuali aku pergi kesekolah. Di rumah, aku macam orang gila.




Berserabut, tidak bermaya & pucat tidak bersemangat umpama roh ku diambil dibiar jasad ku kosong begitu tidak bertuan. Hebat betul penangan dia, ilmu apa yang dia pakai pun aku tidak tahu. Aku marah di dalam sayang, benci dalam cinta. Pelik? Aku pun tidak percaya... 
  Tapi itu keadaan ku yang beberapa hari yang lalu. Kini aku kembali ceria  sejak semalam... ceria seceria-cerianya... aku mahu lahir kembali. Menjadi Nazrin yang baru, yang kuat & tabah. Muda-mudahan hidup aku selepas ini di permudahkan TUHAN...

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets