Saturday, March 5, 2011

Bermula semula...


  Aku sendiri tidak percaya, tidak percaya dengan apa yang berlaku semalam. Aku dengan dia kembali bersahabat lagi, bersahabat seperti dulu. Actually X-bf dia yang paksa aku add dia kembali di fb. Pada mulanya aku enggan, dan berdegil. Namun setelah di pujuk beberapa kali. Aku menurut dengan hati  yang takut. Bukan apa aku sebenarnya tidak mahu rapat dengan dia lah lagi, kerana aku akan rasa sakit kembali seperti dulu. Justeru itu aku berdegil. Disamping egok lelakiku yang menebal, tapi ternyata aku kalah juga.
  Tidak lama kemudian aku dapat mesej dari dia. Dia meminta maaf pada aku, melihat akannya terus egoku serta-merta hilang. Hatiku cair dek kesian padanya. Tidak tahu kenapa & mengapa sebegitu. Dalam benciku ada cinta yang kuat. Itu saja yang ku bisa katakan kini. Aku panik lagi hilang akal & meminta bantuan pada X-bf dia. Lelaki itu pun mengajar aku menjawap segala mesej yang dia hantar. Lega aku, kalau tanpa bantuan dia, mungkin aku mendiamkan diri saja, terus mengunci mulut.


 Agak lama juga kami berbalas mesej di fb, aku tahu dia juga di sana pada waktu itu meminta bantuan dengan
 X-bf dia tu untuk berdepan dengan aku pada waktu itu. Lelaki itu kiranya menjadi orang tengah di antara kami. Gelaran Mr. Cupid adalah gelaran paling layak di berikan pada dia. Oleh kerana dia kami ada kekuatan untuk berhadapan & masing-masing mengaku kesalahan diri. Sebagai seorang teman aku gembira, kerana kami kembali bersahabat. Namun di sisi lelaki, aku buntu, tidak tahu mahu bagai mana.


Perasaan ini, aku akan sakit kembali jika berada dekat dengan dia. 
  Sakit! bisa dilihat namun tidak bisa di miliki. Itu akan bakal  terjadi. Pasti terjadi, aku lelaki & dan punya cinta di hati, & cinta itu adalah dia. Cinta itu... cinta pertama & cinta matiku. Harus apa aku??? Malu & sakit bakal terjadi nanti. Itu sudah pasti... keadaan pasti juga terasa lain di antara kami... 
  

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets