Friday, March 4, 2011

OMG! Bf dia bukan bf dia???


  Tadi aku ada terima pesanan dari bf dia tu di fb. Lama sudah dia inbox aku, tapi aku baru reply. Setelah berbalas-balas mesej. Baru aku tahu dia tu bekas perempuan tu. Saja ja rupanya dia letak macam tu di fb dia.  Sengaja nak tengok aku sakit hati. Tak fahamlah aku dengan perangai perempuan ni. X-Bf dia kata dia malu konon dengan kawan-kawan dia di kelas.Nak malu apa? Malu nak terima aku ni yang tak hensem di depan kawan-kawan dia. Owh!!! Pelizzz, mengarutlah...




Tengok cara dia layan aku macam tak pernah bekapel... looks so innocence segala bagai. Rupa-rupanya pernah jugak. Yang aku tak faham, tindakan dia tu sampai sekarang.... seribu tanda tanya berserabut di kepala aku ni fikirkan hal bodoh tu. Aku cinta mati dengan dia. Tapi pada masa yang sama aku tidak mahukan lagi dia... apa mahuku? Aku sendiri tidak pasti. Aku binggung, buntuh. Kerana tindakannya yang membuatkan aku jadi begini. Cinta tapi tidak mahu memiliki kerana takut akan sakit lagi. Sakit itu tidak ku mahu terulang lagi, cukup sekali aku menangis. Janganlah terjadi lagi, kerna begitu kelihatan bodoh. Bodoh yang teramat-amat sangat..........


  Owh! Sebelum terlupa tadi seperti yang telah dirancang pelawat datang ke kelas 4 Alamanda, kelas terhebat di Bandaraya. Eset penting untuk sekolah, ceh! Ok-ok,back to the story. Melangkah je aku ke kelas... fuyooo! rajinnya geng-geng aku semua. Tak pernah-pernah jadi rajin, semua di bersihkan, sampai lantai semen tu boleh buat cermin da aku tengok.Then sampailah masa subjek sejarah, penat betul kami semua kena berlakon segala bagai. Panasnya aku kena pakai tali leher, rimas betul aku jadi budak skema ni.
Kalau tak kena rakam, takde siapa nak berlakon jadi nerd ni pun. Kelas kami top ranking tapi takde la official sangat. Ramai jugak rock steady!


Then kamera & pelawat pun cabut dari kelas kami. Fuhhhhhhhhh! Menarik nafas legalah kami semua. Merdeka!!! Terus kembali ke diri asal masing-masing. Tak payah nak jadi beg plastik. Terus semua malas nak buat kerja yang di beri oleh cikgu... Pemalas tulah rata-rata perangai kami di 4 Alamanda. Kelas first tapi... Harap-harap tahun ni kami menang lagi. Last year sekolah kami menang guru inovasi untuk subjek Matematik. Kami jugak mrupakan salah satu tulang belakang daripadanya, macam tahun ni jugaklah. Hope tahun ni menang lagi untuk team teaching Sejarah. Amin....

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets