Thursday, March 3, 2011

Aku bodoh



  Hari ni aku tidak pergi ke sekolah... aku tidak ada mood. Entah kenapa... lagi pun banyak kerja rumah aku belum siap. Disamping itu aku rasa macam tidak berapa sihat sejak dua-menjak ini, demam barangkali. Aku terima teks pesanan ringkas dari classmate aku. Dia memberitahu aku yang aku mendapat markah kedua terendah dalam ujian matematik yang lalu. Aku mulanya agak tidak percaya, kerana selama ini aku tidak pernah sebegitu. At least pun dapat markah rendah, bukannya dapat markah paling terendah di antara yang terendah. Dan tidak lama kemudian dia mms aku, sememangnya betul.


Aku seolah-olah tidak percaya & speechless sejenak. Ternyata aku bukan sahaja bodoh dalam cinta malah sudah bodoh dalam pelajaran kini. Aku tidak tahu mahu katakan apa lagi. Diri ku kini tidak ada apa-apa lagi... aku bukan lagi Nazrin yang dulu, yang pandai. Tidak belajar pun mampu dapat markah baik. Ternyata aku sudah kecundang, kecundang sebab cinta. Kawan perempuan aku ada kata pada aku beberapa hari yang lalu "hebat sungguh perempuan itu sehinggakan membuat aku sebegini rupa". Aku, semangat aku sudah mati, mati di dalam jasad hidup... aku mahu bangkit kembali hidup. Namun susah untuk ku lakukan, mungkin perlu masa yang lama... 

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets