Wednesday, March 2, 2011

Bencinta...padamu


  Lega sedikit hari ni, sebab dapat meluahkan masalah yang merantai aku ni dengan kawan-kawan perempuan aku di kelas.Pertama kali aku meluahkan hal  ni secara face to face, sebab sebelum ni aku meluahkan perasaan  berkaitan masalah ini dengan kawan-kawan melalui fb sahaja. Terima kasih banyaklah kepada yang menjadi mangsa tempat aku meluah perasaan tu, sorry sangat kalau aku menyusahkan korang semua.


 Aku bukan apa, aku tak tahu nak buat apa lagi. Sakit aku terus simpan masalah ni bersendirian. Aku tidak kuat seperti mana lelaki-lelaki yang gentelman yang salah satu kawan aku katakan. Aku bukan lelaki macam tu, aku ni just lelaki bodoh. Bodoh sebab cinta... cinta yang sudah semestinya tidak menjanjikan aku apa-apa. Aku lemas dalam situasi yang di anggap ringan oleh lelaki-lelaki lain.

  Aku sendiri tidak faham dengan diri aku sekarang... aku tidak mengenal diriku sendiri lagi. Seolah-olah tubuhku di huni semangat roh yang lain. Aku hanya perlu bertahan... bertahan untuk terus hidup. Hari-hari melihat wajahnya meskipun menyakitkan aku dalam masa yang sama merasa cinta yang tidak pernah padam. Baruku tahu kini apa maksud sebenar perkataan "bencinta" itu. 

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets