Wednesday, March 2, 2011

"Jijik???"


  Ada ke patut dia kata aku jijik dengan dia... Hello, sekarang siapa suka siapa? Aku ke kau? Akukan? Sampai menangis macam orang bodoh sampai tak ingat dunia.Sehinggakan nak bunuh diri.  Tak mungkin aku akan ada perasaan tu pada kaulah. Gila ke apa? Kau mulakan dulu. Tak tegur aku, pura-pura tak nampak & meggelak segala bagai. Kau buat aku ni macam orang bersalah.


Seolah-olah berdosa simpan perasaan bodoh ni. Come on-lah, sampai bila nak habis benda ni.Kalau masing-masing tunding-menunding antara satu sama lain. Sampai mati pun tak akan berakhir. Muaklah aku. Sekarang kau nak aku minta maaf? Minta maaf then cakap aku yang bersalah? No way! Ini Nazrinlah, budak paling bongkak & ego di Bandaraya. Sorry sikit. Lepas nie cakaplah apa pun. Beritahu semua orang yang akulah pemegang watak antagonis dalam cerita bodoh ni. Beritahulah satu Bandaraya, supaya kau puas.


  Dia yang buat aku macam tu, lepas tu tuduh aku pulak. Kau yang mulakan semua tu, so aku just ikut sajalah permainan kau tu. Then aku pula yang di persalahkan. Jijik konon tengok muka kau yang cantik tu. Please... buat apalah aku nak jijik dengan orang. Siapalah aku? Aku bukan Tuhan... Kaulah aku ada perasaan tu, tak mungkin aku tergila-gilakan kau sampai satu sekolah tahu... Aku tak nak dekat dengan kau sebab kau yang mulakan dulu! Ada paham??? Lepas tu boyfriend kau pula tak puas hati dengan aku... salah siapa? Aku? Wei, siapa suruh kau beritahu aku yang kau tu single?


 Itu sebab aku bertindak bodoh tu. Kalau tak aku akan simpan perasaan sial ni sampai mati. Sekarang aku nak di katakan jadi lelaki perampaslah??? Aku sedar aku ni tak hebat. Tu sebab tak ada orang nak dengan aku. Aku sedar aku tak hensem, tak kaya & tak sepandai kau. Aku sedar diri, sedar siapa aku... Layakkah aku jijik dengan kau... kau yang hebat tu... yang cantik, yang dapat straight A... Siapa aku ni? Bukankah kau yang paling layak ada perasaan tu pada aku? Rasa jijik, sehinggakan lalu sebelah aku pun kau tak nak. Kerana takut jatuh martabat kau tu.

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets