Tuesday, March 29, 2011

Matinya si sang pujangga


  Terlalu lama rasanya aku tidak bermadah-madah seperti biasanya. Terlalu lama aku tidak mencoret kata-kata indah ke atas kertas sambil menyelami jiwa. Itu berlaku sejak kebelakangan ini, sibuk barangkali. Hingga lupa pada rutin ku itu, jika beberapa purnama yang lalu ada sahaja idea & waktuku mengukir kata. Namun sejak kebelakangan ini. Aku hilang....  Kini aku sendiri tidak tahu, terlalu rindu aku padanya. Terlalu rindu untuk memegang watak sang pujangga itu. Watakku yang sebenarnya, watak yang kian mati ditelan masa. Justeru itu aku mahu dianya kembali bangkit. Terlalu rindu aku pada gerangannya. Insyaallah dia akan kembali lagi dalam masa terdekat.

p/s: Hidup & matiku hanya untuk satu, yakni estetik. Aku memang jiwang, ramai yang bilang... Hanya dengan berbekalkan dengan minda & lidah ku aku mampu menikam dadamu dengan kejam lantas merobeknya tanpa belas kasihan. 

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets