Saturday, March 26, 2011

Bukan rezeki


  Hmmm... aku langsung tak dapat nombor dalam pertandingan syarahan MTQ di Teknik Likas tu. Mana taknya aku terlupa hujah aku yang kelima setelah lonceng di bunyikan menandakan amaran pertama. Aku hilang fokus lalu lupa segalanya, lantas aku mengakhiri syarahan aku. Tiada kata lagi yang ku dapat luahkan melainkan rasa malu & penyesalan. Mulanya rasa kecewa sangat dengan diri sendiri tapi bila di fikirkan balik, buat apa nak menyesal dengan perkara yang dah berlaku. Mungkin bukan rezeki aku di situ. Apa-apa pun aku dah tawar hati nak mengembangkan bakat aku ni. Biarlah ianya berkubur begitu sahaja. Aku nak fokus pada pelajaran. Next year SPM dah. Btw, lumrah hidup kalah menang adat bertanding. At least, hari ni aku dapat pengalaman baru. Dapat jumpa ex-classmate aku kat sekolah tu & mengenali SMK Teknik Likas.

p/s:Terpaksalah aku hafal teks ULBS subjek BM tu. Adui!

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets