Tuesday, March 22, 2011

Rembulan Pujaan


  Rasa & perasaan itu sudah hilang, ya itu telah berlaku terhadap ku. Tapi... tapi kenapa ia datang lagi & kenapa mesti orang yang sama?! Kenapa bukan orang lain? Kenapa harus dia juga? Aku binggung akan kebenaran ini. Ia hilang & kini ia datang lagi. Ribuan yang ada namun hati tetap mahu dia. Keadaan yang membuat perasaan yang telah mati ini bercambah kembali. Tumbuh subur & terus berselirat lantas menjerut tangkai hati lelakiku . Aku harus apa sekarang? Terus menjadi sang pemuja dari kejauhan atau sang satria pujaaan. Tidak... pilihan kedua memerlukan keberanian yang tinggi. Mustahil untukku pilih pilihan itu. Aku hanya ada satu pilihan diam & terus menjadi si bodoh. Aku hanya mampu menjadi watak itu kerana aku tidak banyak diberi pilihan. Diam & terus memendam. Sakit & terus kesepian. Mati  di dalam hidup. Ketawa sambil menangis.


  Setiap bait-bait nada ritma suaranya yang terluah setiap detik semasa aku di bangkuku duduk, aku hayati & jiwainya. Bersandiwara umpama tiada padahal sebaliknya. Jiwaku bergetar mahukan suara itu menyebut satu ayat, yang terlalu aku impikan selama 3 tahun ini. Aku tahu kemahuanku itu mustahil untuk tejadi. Bagai menanam taman syurga di atas alam duniawi. Umpama mahu beristrikan dewi bidadari. Ada ketika dia senyap lagi diam mengunci kata. Ia kebiasaan baginya, & ketika itu aku ternanti-nanti di dalam diam. Mana suara itu? Mana serunai dewaku? Ayuhlah berkata-kata jangan biarkan aku terus tercari-cari kesesatan. Pemujamu tidak akan pernah berhenti disini, ia akan terus melihat mu dari jauh meskipun memiliki segenap penjuru ruang hatimu tidak mungkin akan berlaku. 


P/S: mungkin untuk beberapa hari ini aku tidak akan update diari aku ni, coz fokus pada MTQ. Mudah-mudahan aku menang. Tak menang pun tak pe asal ada nombor, pun jadilah.

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets