Thursday, March 10, 2011

Addmathz my happy ending. S0 fuckin damn!


  Aku tak tahu nak cakap apa lagi tentang paper kimia & addmath just now. Kimia nasib baik ada soalan objektif. Kalau tidak entahlah apa aku nak jawap. Bolehlah sedikit juga bukan tak boleh langsung. Addmath subjek yang paling di geruni oleh mana-mana budak science stream. Tipulah kalau tak seram dengan subjek berhantu ni. Boleh gugur rambut di kerjakannya. Tadi subjek yang langsung aku tak minat ni merupakan paper akhir, mengakhiri ujian selaras pertama mac merangkap ujian pertama kami dalam tingkatan 4. Macam nak menangis aku jawap paper addmath tadi. Cikgu addmath kami yang baik tu sudah ajar awal-awal, bentuk-bentuk soalan yang bakal keluar nanti sebelumnya. Tapi satu pun  tak masuk otak aku apa yang dia ajar, entah apa-apa. Aku expect yang keluar apa yang aku sdah pro, sekali tengok macam nak terbeliak biji mata aku ni. Aplikasi yang keluar, ingatkan nak target soalan basic Composite Function. So terbatallah niat aku tu


  Aku biarkan jelah kertas jawapan aku blank begitu sahaja. Bersih lagi suci gitu, tak terusik oleh sebarang kekotoran dari kesan mata pensil yang mengandungi plumbum itu. Soaln pertama aku yakin, soalan kedua & tiga aku main hentam saja. Entahlah formula apa yang aku guna tu pun aku tak tahu, time tu itu je yang ada dalam kepala aku. So aku namakannya sebagai formula pandai-pandai atau suka hati. Ada tujuh soalan yang lebih tu aku biarkan begitu saja. Kosonglah markah aku ni, malu pula aku dengan cikgu tu nanti. Seumur hidup aku nilah prestasi aku yang paling buruk sekali. Tidak pernah aku begini sebelum ni. Teruk teramat-amat sangat, memalukan keturunan betul. Adui, aku tak sabar sudah ni nak tuisyen kembali macam tahun lepas. Terlalu banyak yang aku lemah ni, bukan setakat addmath je, nak katakan semua subjek selektif aku tak boleh ikut. Tapi sekarang ni aku tak boleh masuk kelas sebab fokus dengan syarahan MTQ di SMK Likas. Doakan aku menang ok!

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets