Friday, March 11, 2011

Addmath + Tsunami


  Tadi aku dapat markah paper addmathz, aku dapat 33% je. Nasib baik aku tak dapat kosong. Alhamdullillah... syukur walaupun gagal. For you information ini merupakan kali pertama aku gagal sepanjang 16 tahun ni. Ramai yang senasib dengan aku di kelas. Ok lain cerita pula, tadi aku tengah syok melayan bantal atau pun dikenali sebagai membuta di dalam bahasa sanskritnya, tiba-tiba ibu aku ni bising-bising pula. Then aku pun bangunlah. Rupanya ada Tsunami berlaku di Jepun. Ya, ALLAH, sekali lagi. Janganlah, sudahlah aku tinggal dekat dengan pantai. Oh, tidak! 


  Semua negara di minta berjaga-jaga. Kerana tak mustahil untuk sekarang ni berlaku apa-apa. Menakutkan... tulah je yang boleh aku katakan. Berdoa dengan Tuhan agar dijauhkan segala musibah. Dari pukul 6 petang hingga 12 malam ni. Orang ramai di minta berhati-hati. So kami sekeluarga mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah pada waktu itu. Segala dokumen telah disimpan & dikumpul. Ramai dah kami tengok orang-orang di Nexus Campus ni yang dah cabut lari. Mudah-mudahan tak berlaku apa-apa semuanya selamat, amin...

No comments:

Post a Comment

get this
Best Blogger Gadgets