Sunday, February 27, 2011

Prolog Diriku


Diriku, hidupku dan segala-galanya
Kosong lagi bosan
Tanpa adanya warna-warna menghiasi
Mahu saja aku bebas, bebas seperti yang lain
Tapi tidak bisa... terlalu mustahil
Sehari-hari bagaikan dejavu
Tiada perbezaannya
Melalui dan melakukan perkara yang sama
Tiada yang baru
Namun... aku gembira jua teruja
Pena dan bukuku ini senantiasa menemani
Perasaanku yang berbagai-bagai
Tidak terbendung jika di ekspresikan
Buku inilah menjadi teman mendengar segala ceritaku
Cerita yang tiada titik noktahnya
Aku bukan budiman, rupawan mahupun hartawan
Diriku cuma sekadar kebanyakan
Yang gemar menyulam kata-kata elok
Sekali gus menghamparkan lahiriah yang indah
Aku cinta pada nilai estetik tidak terhingga
Justeru itu diriku gemar bermadah bicara

2 comments:

  1. tabah la menghadapi segala cabaran hidup yea diQ...smua tu akan mematangkan kita.... ^_~~

    ReplyDelete

get this
Best Blogger Gadgets